Friday, January 29, 2010

Kepala babi di masjid! Semua harus bertenang.

Setelah gereja dilontar bom petrol, kini kes masjid dilempar kepala babi pula. Memang sangat kurang ajar. Pastinya api dibalas api. Dek kerana segelintir si bodoh yang membakar gereja, ada pula si tolol membalas kembali.
Yang pasti aku menyeru semua umat Islam bawa bertenang. Marah dan membalas tidak akan membawa sebarang kebaikkan, jauh sekali penyelesaian. Biarkan pihak berkuasa menyiasat kes ini. Janganlah kita menambah beban yang sedia ada. Keamanan dan ketenteraman negara tercinta ini haruslah terus kita pelihara, tak kira siapa kita, agama kita, bangsa kita dan di mana kita berada.
Kepada pihak berkuasa, gunakanlah apa jua sumber dan cara untuk membawa 'si nakal' itu ke muka pengadilan. Aku tegaskan, gunakan APA JUA, termasuklah jika perlu gunakan akta yang dibenci sesetengah orang iaitu ISA. Jika itu yang perlu untuk memastikan negara aman, apa salahnya. Aku yakin dan pasti, 'si nakal' itu sekarang tentu sedang menggigil ketakutan kerana dia orang paling popular sekarang. Menyesal tak guna, terlajak kereta boleh reverse, terlajak perbuatan ko tanggung la sendiri.

Masa oh masa

Perasan tak yang kita sentiasa tak cukup masa? Bahkan terasa ia berjalan begitu pantas. Alih-alih dah seminggu...kemudian eh eh! dah seminggu lagi....itu yang aku rasa. Masa - begitu pantas. Dan aku sentiasa takde masa nak update blog aku......adei~~~~

Sunday, January 3, 2010

Allah untuk Islam

Sudah pasti ada pihak sedang ketawa sekarang. Gembiranya mereka kerana telah menang kes penggunaan perkataan Allah untuk mewakili 'Tuhan' mereka. Aku pasti ini umpama satu tempeleng maha hebat kepada semua umat Islam terutama di negara ini. Negara Islam, majoriti Islam, dan pelbagai Islamik lagi - tapi kita gagal mempertahankan nama Allah untuk mewakili satu-satunya Tuhan kita, Allah SWT.
Apa pun aku berbangga dengan usaha kerajaan dan pihak tertentu untuk melawan kes ini. Tentang, jangan tak tentang!
Satu negara tahu. Tidak kira anda Muslim, Kristian, Buddha, Hindu atau apa pun - perkataan Allah itu digunakan umat Islam sejak dahulu lagi. Walau ia tidak termaktub dalam mana-mana akta atau ada hakcipta (perlu hakcipta ke?) kita tahu siapa yang berhak dan siapa yang tidak. Mengapa umpama menjolok sarang tebuan? Mengapa hendak diungkit? Mengapa hendak direbut? Tidak cukup perkataankan dalam dunia yang luas ini untuk mewakili 'tuhan' anda?
Tidak kira apa jua alasan anda, ia sesuatu yang tidak mampu diterima oleh kami. Tidak tahu berbahasa Inggeris? Jadi begitu tololkah pengikut anda jika tidak mampu memahami perkataan 'Tuhan'? Mengapa Allah jua yang dipilih? Aku percaya jika benar anda percaya akan wujudnya 'tuhan' anda itu, 'tuhan' anda itu juga tidak suka anda merebut hak orang lain. Adakah itu yang diajar agama anda?
Kami umat Islam di Malaysia telah terlalu berlembut dan murah hati dengan semua kaum. Kami tidaklah terlalu berkira. Tetapi janganlah sampai bagi betis hendakkan paha. Sesabar kami umat Islam ada jua hadnya. Jangan disiram minyak ke bara api, kelak ia mampu berapi.
Di mana pihak yang kononnya perjuangkan Islam? Di mana anda? Di mana pihak yang kononnya hendak menjadikan negara ini betul-betul Islam? Puas hatikah kamu jika satu hari nanti semua tak kira yang gelap, cerah, kuning, putih, kelabu mengucapkan perkataan Allah di dalam gereja. Satu hari nanti mungkin di tokong dan kuil. Yang paling sedih - ada jua orang yang beragama Islam sendiri bersetuju dengan keputusan mahkamah yang Allah itu bukan hak ekslusif umat Islam. Sedih aku sedih.
Dalam tika begini, kita tidak kira apa perjuangan, kumpulan mana pun - kita semua harus bersatu. Dengan keadaan bangsa kita yang berpecah, dengan mudahlah anasir luar mempermainkan kita.
Ayuh bangsa dan umatku. Bangunlah anda dari mimpi. Perjuangan kita masih jauh. Dengan doa kita semua, harapnya kita akan menang tika kes ini dibawa ke Mahkamah Rayuan.
Insya- Allah!

Friday, January 1, 2010

Cerita bola

Masih tak muak lagi aku nak borak pasal bola Malaysia. Dah menang emas di Laos - amat membanggakan. Baru-baru ini skuad kita tumpaskan Syria 4-1. Bagi aku satu lagi wow daripada skuad Harimau. Syria berada di kedudukan 91 dunia, berjaya ditundukkan Malaysia yang jauh tercicir di tempat ke 160. Ini amat mengejutkan dan amat luar biasa.

Adakah skuad ini adalah satu skuad impian yang telah lama kita nantikan? Adakah zaman Mokhtar Dahari akan kembali? Kita amat rindukan zaman kegemilangan Malaysia yang pernah digeruni di Asia satu tika dulu. Harapan kita cuma ini bukan satu hangat tahi ayam. Peminat terlalu dahagakan sesuatu yang magis dari skuad kita dan harapnya skuad ini tidak mempermainkan semangat dan sokongan padu peminat bola tanahair.

Kita tidak harapkan skuad kita menjadi sebaris dengan negara handalan - tetapi sekurangnya biarlah kita jadi juara di benua kita, paling kurang di Asean sendiri. Dan bukannya jaguh kampung yang selalu dicanangkan media massa.

Salam tahun baru 2010

Yeah! Tahun baru muncul lagi daaa. Apa yang baru? Aku rasa masih sama saje seperti semalam. Apa pun, 2009 telah berlalu dan tidak akan kembali. 2010 menanti dengan penuh misteri. Apa azam aku tahun ini? Ermm...biarlah aku seorang yang tahu. Apa pun misi yang lalu pun ada juga yang belum tertunai. Aku harus terus berjuang dan berjuang.
Masa berlalu dengan pantas. Sangat pantas. Di mana anda 10 tahun yang lalu? Tahun 2000, waktu yang sama 10tahun lalu, aku di Kuala Pilah. Pertama kali berjauhan dengan keluarga, membuatkan aku lalai dan leka dengan duniawi. Kenangan itu masih amat segar dibenakku - membuatku berfikir - begitu cepatnya masa berlalu. Sehingga sedar tak sedar, telah 10 tahun ia berlalu.
Umur aku pun hampir mencecah 30. Agak menakutkan bagi aku. Aku harap tahun 2010 ini. ada sesuatu yang aku boleh banggakan akan berlaku. Aku agak bosan hidup sebegini yang agak selari tanpa liku.
Insya-Allah - aku boleh lakukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Love shoes? Join us today at Kasut Kasut DotCom.

Looking for a wedding photographer?

biz card

Followers

Popular Posts

Search This Blog

Blogs

Powered by Blogger.

Social Icons

Featured Posts