Sunday, January 3, 2010

Allah untuk Islam

Sudah pasti ada pihak sedang ketawa sekarang. Gembiranya mereka kerana telah menang kes penggunaan perkataan Allah untuk mewakili 'Tuhan' mereka. Aku pasti ini umpama satu tempeleng maha hebat kepada semua umat Islam terutama di negara ini. Negara Islam, majoriti Islam, dan pelbagai Islamik lagi - tapi kita gagal mempertahankan nama Allah untuk mewakili satu-satunya Tuhan kita, Allah SWT.
Apa pun aku berbangga dengan usaha kerajaan dan pihak tertentu untuk melawan kes ini. Tentang, jangan tak tentang!
Satu negara tahu. Tidak kira anda Muslim, Kristian, Buddha, Hindu atau apa pun - perkataan Allah itu digunakan umat Islam sejak dahulu lagi. Walau ia tidak termaktub dalam mana-mana akta atau ada hakcipta (perlu hakcipta ke?) kita tahu siapa yang berhak dan siapa yang tidak. Mengapa umpama menjolok sarang tebuan? Mengapa hendak diungkit? Mengapa hendak direbut? Tidak cukup perkataankan dalam dunia yang luas ini untuk mewakili 'tuhan' anda?
Tidak kira apa jua alasan anda, ia sesuatu yang tidak mampu diterima oleh kami. Tidak tahu berbahasa Inggeris? Jadi begitu tololkah pengikut anda jika tidak mampu memahami perkataan 'Tuhan'? Mengapa Allah jua yang dipilih? Aku percaya jika benar anda percaya akan wujudnya 'tuhan' anda itu, 'tuhan' anda itu juga tidak suka anda merebut hak orang lain. Adakah itu yang diajar agama anda?
Kami umat Islam di Malaysia telah terlalu berlembut dan murah hati dengan semua kaum. Kami tidaklah terlalu berkira. Tetapi janganlah sampai bagi betis hendakkan paha. Sesabar kami umat Islam ada jua hadnya. Jangan disiram minyak ke bara api, kelak ia mampu berapi.
Di mana pihak yang kononnya perjuangkan Islam? Di mana anda? Di mana pihak yang kononnya hendak menjadikan negara ini betul-betul Islam? Puas hatikah kamu jika satu hari nanti semua tak kira yang gelap, cerah, kuning, putih, kelabu mengucapkan perkataan Allah di dalam gereja. Satu hari nanti mungkin di tokong dan kuil. Yang paling sedih - ada jua orang yang beragama Islam sendiri bersetuju dengan keputusan mahkamah yang Allah itu bukan hak ekslusif umat Islam. Sedih aku sedih.
Dalam tika begini, kita tidak kira apa perjuangan, kumpulan mana pun - kita semua harus bersatu. Dengan keadaan bangsa kita yang berpecah, dengan mudahlah anasir luar mempermainkan kita.
Ayuh bangsa dan umatku. Bangunlah anda dari mimpi. Perjuangan kita masih jauh. Dengan doa kita semua, harapnya kita akan menang tika kes ini dibawa ke Mahkamah Rayuan.
Insya- Allah!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Love shoes? Join us today at Kasut Kasut DotCom.

Looking for a wedding photographer?

biz card

Followers

Popular Posts

Search This Blog

Blogs

Powered by Blogger.

Social Icons

Featured Posts