Monday, July 18, 2011

Akibat pakai jersi MU di kalangan Liverpool fan


Nak tengok macamana seorang MU fan kena boo dan dipaksa memakai jersi Liverpool? Haa...mari tengok video ini.



Seposen jer muka mamat ni. Tapi nak buat apa, sendiri cari pasal. Bagi aku atas semangat kesukanan, fan Liverpool tak perlu la buat macam ni. Kita nak tengok bola, suka hati mereka nak pakai apa, jangan bogel sudah. Tapi mamat ni pun satu, buat provokasi dengan pakai jersi MU. Memang salah kau lah. Orang tua berkata, masuk kandang kambing mengembek. Lu pikirlah sendiri bak kata Nabil.


Sunday, July 17, 2011

Dulu & Sekarang

Dulu...
Arwah mak aku selalu pesan, jaga tingkah laku dan hormat orang lain terutama yang lebih tua. Jangan susahkan orang lain, berusaha dan berfikir. Abah aku pulak selalu sangat cakap jangan ikut perangai buruk orang lain.

Arwah mak pernah cakap cari jodoh yang baik-baik. Jangan berkawan dengan orang tak tentu hala. Dia juga selalu pesan adik beradik jangan bergaduh.

Kawan aku dulu pernah bergurau - nak ajak aku keluar macam nak bawak anak dara keluar. Sebab kawan aku kena datang rumah dan mereka semua harus kenal dengan mak dan abah. Hehehe. Memang lucu tapi aku tak kisah sebab aku tak harus sorok apa jua dari mereka. Ibu aku pernah bertanya - adakah aku merokok? Aku jawap ya. Jika aku hendak berbohong senang saja sebab aku tahu helah dan cara mengelak dari dikantoikan. Tapi melihat ke wajah mak - aku tak sanggup berbohong.

Mak aku pernah menangis sebab aku tidur di rumah kawan tanpa memberitahunya. Aku terlalu sesal dan aku berjanji yang itu adalah kali pertama dan terakhir mak akan menangis sebab perangai aku. Dan ya , aku kotakan janjiku itu.

Syukur sebab aku sentiasa berpegang pada nasihat mereka. Ya, tika remaja aku pernah buat perkara yang tidak disukai mereka tapi aku tidak pernah jadikan semua itu sebagai habit aku.

Sekarang...
Syukur aku adalah seorang yang hormatkan orang lain. Aku respek orang yang lebih tua. Aku tak kata aku tak pernah susahkan sesiapa sepanjang 30 tahun aku di dunia ni, tapi Insya Allah aku tak akan lupa semua itu. Masa aku remaja aku berkawan dengan pelbagai jenis orang dan ragam...alhamdullilah aku tetap aku.

Aku bersyukur mak selalu pesan cari jodoh yang baik - pada aku itu umpama doa. Dan hari ini jodoh aku memang baik. Sebagaimana aku itulah dia. Tiada yang sempurna dalam dunia ini tapi itulah yang terbaik.

Aku cakap semua ini bukan nak angkat bakul jauh sekali nak heboh apa jenis aku ni. Tapi aku kesal, sedih, kecewa dan hiba bila mengenangkan ramai lagi di luar sana yang tidak menghargai ibu bapa mereka. Ibu bapa yang memberi panduan, nasihat dan sokongan itu diperlekehkan. Ramai lagi di luar yang melayan teman mereka jauh lebih baik dari ibu bapa. Susahkan ibu tidak mengapa yang penting hati teman harus dijaga. Ramai yang sudah besar panjang tapi masih susahkan ibu bapa yang sudah tua. Mana kesedaran kita Sedarlah semua yang kita juga akan merasai tua. Insaflah dan hargai mereka. Sayangi dan belailah mereka selagi mereka masih ada.

Jangan menunggu pada 1 Syawal saja untuk kita mencium keduanya. Malu? Dengan hanya senyum pada mereka saja sudah terlalu besar pahalanya apatah lagi jika mencium tangan, pipi atau dahi. Jangan malu untuk tunjukkan kasih kita, sayangnya kita kepada mereka.

Hargai ibu bapa kita sementara mereka masih ada. Jika mereka pergi tiadalah pengganti dan tika itu barulah kita akan rasa betapa kosongnya hidup kita.

Saturday, July 16, 2011

Menu 1Malaysia Di 728 Premis Seluruh Malaysia


Dengan harga RM2 rakyat Malaysia kini boleh bersarapan pagi pada harga RM2 dan makan tengah hari RM4 melalui Program Menu Rakyat 1Malaysia.

Pakej sarapan ialah satu roti canai dan teh tarik -RM2 dan makan tengah hari - nasi, sayur, telur dadar, air sirap atau teh ‘O’ ais dengan harga RM4 sahaja

Restoran yang terlibat dalam program itu ialah:

  1. Ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA),
  2. Persatuan Pengusaha Restoran India (PRISMA),
  3. Persatuan Kedai Kopi Malaysia dan Singapura serta
  4. Restoran Melayu di bawah koperasi.

Nak tengok kedai mana, haa moh klik sini: 1Malaysia


Hari Ini Dalam Lawak

Thursday, July 14, 2011

Bersih? Bersih kah anda?

Sana sini orang dok sembang pasal Bersih. Yang ni tuduh polis itu ini, yang polis lak kata orang itu macam-macam. Orang tu kutuk kerajaan, kerajaan kata mereka melakukan apa yang patut demi keamanan dan kemakmuran negara.

Apa motif dan niat? Dari sibuk canang nak bersihkan sistem dan orang lain, apa kata kita semua bersihkan diri dulu. Tanya diri, bersihkah niat anda? Bersihkan perbuatan anda? Bersihkah tujuan dan rancangan anda? Aku tertanya juga, adakah mereka yang dok cakap besar pasal nak bersihkan itu ini, diri anda itu bersihkah? Adakah bagai ketam mahu mengajar anaknya berjalan lurus?

Tepuk dada tanya selera. Bersihkan diri kita dari prasangka buruk dan emosi yang tak kena pada tempat. Anda kata ramai sokong anda, tapi anda lupa pasal mereka di luar yang berjuta-juta lagi yang hanya diam dan melihat. Mereka ini hanya melihat. Tidak bising-bising di luar, tidak memaki orang dan tidaklah gila Facebook mewujudkan page tidak suka itu, page sokong itu, page mahu orang ini letak jawatan. Mereka yang diam ini lah sebenarnya yang akan membawa impak besar dalam PRU nanti.

Marilah kita bersihkan diri kita. Buka mata dan hati, jauhkan ketidakstabilan emosi dalam diri. Insya -Allah anda akan sedar yang negara ini dan generasi akan datang perlukan negara yang aman, teguh, stabil dan maju. Negara tidak perlukan orang yang menang sorak saja.

Sunday, May 22, 2011

Operasi bermula...





Haaa.. ni dia drawer si kecik yg dah siap dipasang. Murah je drawer ni, dlm RM200++ je kat Ikea. Yg nampak sipi-sipi kat belah kanan tuh, almari pulak yang belum dipasang.
Oleh sebab ia besar dan agak berat, tu yang tertangguh. Hehehe...


Ni dia drawer yg dlm proses transformasi. Berkecah hall aku dibuatnya. Isk isk...



Drawer yang baru nak dipasang. Leceh...hehehe.









Tuesday, May 17, 2011

Penatnya...

Hohoho...semalam almari dan drawer tuk si kecil dah sampai. Terima kasih kat jiran sebelah yg tolong bukakan gate rumah bila lori Ikea sampai. Yelah..harapkan kami terpaksa la salah sorang amik half day leave.

Ahad lepas survey barang kat Ikea, dapatla almari dan drawer. Murah. Dua barang cuma RM450 jer. Ikea memang byk barang mahal, tapi barang yg murah dan berpatutan pun banyak juga.

Tapi nak main cantum-cantum barang Ikea yg malas ni. Kalau sesapa yang tak tahu, upah org Ikea pasangkan ialah 5% dari harga barang. Baik pasang sendiri kan? Lagi satu, kalau korang nak suruh diorang tebuk lubang dinding rumah, harganya amat menakjupkan. RM60 tuk 1-6 lubang. Lubang ke-7 dan selebihnya akan dicharge berlainan pulak. Mahal kan?

Sekarang aku tgh tunggu lori Combi pulak...nak hantar stroller dan car seat. Hehehe. Tak sabarnya. Hari tuh beli masa Baby Fair kat Mid Valley, barang si Combi bak pisang panas sampai abis stok. Kenalah tunggu stok datang dari Singapore katanya.

Bilik bawah nak dikemas jadikan tempat yang senonohla sikit tuk wife aku. Time sarat gini kesian plak kena naik turun tangga. Lepas ni nak suruh org cat bilik atas pulakk. Bilik baby. Hohoho.....byknya kerja....dan byk duit kene kuar. Tapi sronokkkkk!

Monday, May 2, 2011

Aduhai...

Selamat hari pekerja semua! Walau pun semlm harinya, tapi hari ni ramai juga yang cuti. Yang bercuti - manfaatkan cuti anda dgn sebaiknya. Yang kena bekerja pulak, kerja je la- tak keje nanti soru miss pulak ekk.

Tapi bukan nak ckp pasal hari pekerja. Itu intro aje. Hari ni berita terkini hiburan sensasi (hiburan keee...?), US umumkan Osama dah mati dalam combat. Kira dah kene bunuh berperang ngan tentera Us la ni. Ehh..betul ke ni? Entah la. Dah lama jugak tak dgr cerita si Osama ni, tuptap dah mati.

Tapi Osama ni wujud ke? Tgk paper hari ni bukan main rakyat US bergumbira sambil togak beer meraikan kematian si Osama. Silap2 korang sume kena main ngan kerajaan korang yang tak berapa betul tuh. Macam citer movie, maybe US rasa dah tiba masa matikan watak si Osama ni - dah lama sgt, dgr nama Osama pun dah tak berapa minat sgt dah. Bosan. Oleh itu, mari la kita (maksudnya Obama n the geng la..) tutup citer lama , bukak citer baru. Mana tahu, lepas ni wujud satu watak jahat yang baru..super-duper jahat dari Osama ke...lepas ni pakai ngamuk tembak org kat bandar gune AK-47...dah tak lepak2 kat gurun, gunung ganang dah. Lepas ni openb trus. Baru jantan!

So, bersediala menerima nama macam Kareem ke, Rasheed ke, Ali ke, Abu ke...tapi kompem la nama Muslim kan...apahal nak wujudkan nama watak org jahat ngna nama omputih. Name omputih just for heroes ok!

Tapi Osama mati ke tidak , ADA AKU KISAH? Tak kisah langsung pun. Sedih lagi la jauh. Kalo betul la Osama ni mmg real dan wujud, aku rasa mmg patut mati pun dari menyusahkan orang lain. Nama aje muslim tapi hentam keromo bunuh org sana sini. Bila masa Allah swt dan Nabi Muhamad saw ajar sume tuh?

Renung-renungkan dan selamat beramal!!! :)

Sunday, March 20, 2011

Battle: Los Angeles



Apa perasaan korang kalo tetiba hari korang yg tenang, gembira dan aman tetiba dihantui kedatangan musuh yg ingin merampas dunia anda? Inilah yg ingin disampaikan oleh filem Battle Los Angeles. Bagaimana porak perandanya dunia jika sesuatu tak dijangkan berlaku di hadapan mata aje.

Aku tgk citer ni sbb aku suka filem aliens. Filem Skyline yang maha bodoh tuh pun aku tengok tau! Tapi filem BLA ni lain. Dari mula sampai habis, memang action. Penuh letup sana sini, bising sana sini. Kaki action memang patut pegi tengok.

Citer ni tak bagitau korang sapa alien ni, dari mana datangnya, berapa ramai, camana bentuknya, dan sebagainya. Cuma yg diberitahu cuma alien ni maybe dtg nak curik air kat bumi. Mcm kelakar reasonnya tapi itulah yang scientists dlm citer ni kata. So jgn kecewa sgt kalo korang mengharap tgk aksi alien ni byk sgt. Fokus filem ini ialah bagaimana satu unit tentera ini bekerjasama dan berkorban untuk selamatkan bandar Los Angeles tuh. Dalam citer ni pun menunjukkan yang umat manusia kena lauk dengan alien ni. Memang tapau balik kampung la senang citer. Secara tak langsung mengingatkan kita, sekuat dan semaju mana kita, ada lagi yang jauh lebih kuat dari kita.

So kesimpulannya, ini lagi satu filem yg takla rugi korang byr tiket wayang dan juga takla rugi kalo korang kedekut duit dan tunggu blu-ray copy kluar kat torrent. So pecinta keamanan, apa lagi , pergila panggung dan tgk camana org bumi kene bungkus ngan alien nie. Hehehe....

Hikayat Merong Mahawangsa





Semalam, dengan kami tonton filem berharga RM8 juta ni. Sememangnya satu filem yg dinanti lama. Sebelom aku ckap lebih, aku kasik filem ni 4.5/5 bintang. Mana perginya lagi setengah? Mana ada benda yg terlalu bagus kat donia nie. Citer Transformers pun byk org komplen. Tapi 4.5 bintang tuh tuk standard citer Melayu, bukan dibandingkan citer Hollywood yg berharga ratusan juta tuh.

Tgk kat IOI Mall..penuh panggung. Dashyattt..memang dashyattt bak kata Nazmi. Secara keseluruhan cirita ini tidak membosankan dari mula sampai akhir. Walaupun watak dan scene yg klise ada, tapi berbaloi tgk . Kelakar gak tgk watak Merong lakonan si Stephen bercakap Melayu. Tapi good effort. Scene gadoh dan perang korang jgnla expect something mcm LOTR, di mana askarnya beribu... agak lucu tgk scene perang tentera Rom bergabung China menentang kaum Geruda... askarnya nampak mcm ramai, tapi tak ramai... mcm asik2 askar yg sama. Kamera angle dikecikkan supaya bilangan askar yg 'banyak' tak terlalu kelihatan.

Nak tau ending citer nie? Hero dia, si Merong....... hahaha. Spoiler la pulak kan. Sapa yg sokong industri tempatan pergi la tgk citer. Kayakan org kita. Ni asyik kayakan orang putih je. Sekali sekala sokonglah produk tempatan. Memang berbaloi dan tak rugi keluar duit tiket. Support our products ok.

Thursday, March 17, 2011

Tengok muvi

Hohoho! Dengan angkuhnya aku nak pegi tgk muvi sabtu ni ngan bini tercinte. Bukan satu, tapi dua muvi. Citer Hikayat Merong Mahawangsa dan World Invasion Battle Los Angeles. Ekceli, aku nak tgk citer Los Angeles jer, tapi nak gula-gulakan Ainny, aku book la citer KRU tuh skali. Hik hik hik. Nnt dia bising. Asik-asik citer alien...citer alien...

OK, nnt aku dah tgk nnt aku kasik review baekkkkk punyee pasal muvi nie.

Monday, March 14, 2011




OK. Hari ni aku nak cerciter-cerciter pasal Hotel D99 yang baru aje kami langgan, maksudnyanya baru saje kami sewa biliknya semasa kami di Muar.

Dari jauh nampak gah, tapi masuk parking je dah bermula je terkejut beruk sbb parking lotnya yang terlalu sempit. Nasib baik kereta kami comel, jadi senang la skit. Bayangkan mereka yg bawa Alphard ke, Estima ke, Merc ke dan sewaktunya. Dahla sempit, tengah2 parking tercacak tiang2 hotel yg memang kompem menyusahkan korang nak parking.

Bilik? Agak sempit dan suram. Bayangkan jarak hujung katil ke meja sikat hanya lebih kurang sekaki. Macam hotel orang stok wat projek pun ada. Tilam agak keras. Pintu bilik air ada lobang orang leh intai dr bilik (tapi sapa nak intai kalo korang check in sorang2 atau ngan bini korang kan...). Yang aku suka dalam bilik ni hanyalah satu, ada water cooler yang amat comel dan kiut..rasa mcm nak rembat bawak balik jer.

Esok pagi breakfastnya agak menyedapkan tekak. Tak banyak pilihan tapi memandangkan juadah adalah ala-ala kampung (jemput2, nasi lomak, kuih2..) so no bad-lah bagi orang macam kami ni.

Tapi dalam2 byk menda tak best tentang hotel ni - apa yg diharapkan kalo sewanya tak sampai seratus . Hehe. Takkan bayar kurang seratus tapi harapkan bilik umpama 5 star hotel kan? So kami bermuhasabah dan bersyukur ngan apa yang ada. Hehehe.....(bayar kurang nak lebeh lebeh plak....heheh)

Saturday, March 5, 2011

Shopping baju orang berbadan dua

Hoho! Akhirnya aku bawak Ainny beli baju maternity kat 9 Months The Curve. Kesian dia, selalu komplen takde baju. Haaa...hari ni borong sampai 4 baju. Ini pun lepas ni nak ke kedai lain katanya. Penat, tapi sronok bangat beli barang2 org pregnant ni. Iskkk, tak sabar nak beli brg baby plak. :)

Thursday, March 3, 2011

Ngah giler lagu nasyid la pulakkk...



Aku skang tgh gile lagu nasyid. Pantang duduk kat pc, bukak youtube layan klip2 video nasyid sambil wat keje. Tenang je dengar lagu camni. Kalau 15 tahun lalu sibuk dengar lagu Cromok, skang dah tua ni selera lari skit kot. Hahaha! Ni video kump Saujana, antara feveret aku. Best giler....korang sila lah dgr yer.

Wednesday, March 2, 2011

Ngidam lagi...



Hari ni ainny ngidam lagi. Hari ni dia nak makan kat secret recipe. Aku tak suke sgt tempat ni, tapi sayang punya pasal kuturutkan jua. Janji dia hepi sokmo!

Arghhhh tidakkk............

Korang pernah rasa sakit bahu terutamanya lengan sebab terlalu lama guna mouse & keyboard? Kalau nak rasa silalah duduk depan pc klik-klik mouse tu tanpa henti 7-8 jam sehari, 5 hari seminggu.

Seriously, tangan kanan aku dah lama start berdenyut-denyut dan lenguh sejak kerja asyik klik mouse ni. Paling tak tahan, time tak kerja pun sakit terasa juga. Adakah gejala itu bertambah serius? Arghhhhh tidakk. Kalau sakit time kerja, ok la juga. Ini masa tak bekerja pun sakit juga.

Betullah kata orang, kerja kat sini lama-lama tak bagus. Mungkin aku patut pertimbangkan tuk berhijrah. Tapi kemana? Wahaahahhahahaa....

Tuesday, March 1, 2011

Ops Bersih



Hoho! Sejak semlm, kami melakukan Ops Bersih ke atas kete kami. Semalam, cuci organ dalaman (servis daaaaa), hari ni kami buat servis air cond. Dah lebih setahun, air cond pun dah tak berapa sejuk. Rabak lagi tiga rat, tapi nak sedapkan hati, tiga rat tuk benda yg dibuat hanya setahun sekali, apa la salahnya kan? Skang, kete kami sejuk sekali...lebih sejuk dari air cond bilik tido kami. hohoho....

Kemudian, utk keselamatan pulak, kami ke KS Tyres Puchong (kami rekemen kedai ni, servis mmg tiptop) tuk wat balancing dan alignment. Tuk kesekian kalinya, kete amat sedap dipandu. Hohoho!

Monday, February 28, 2011

Baby dalam perut



Haaaa....inilah baby kami. Duk rilek dlm perut. Beza tak? Dlm 2 bulan dr bulat setompok terus ada bentuk. Magikkan? Itulah kuasa tuhan namanya. Paling best, gambar bulan ke 4 tu siap melepak gayanya. Ececece...kecik kecik dah pandai ekkk. Takpe. Kecik bole, dh besar pjg nnt jangan ngengada nak lepak2. :)

Seronoknya jadi bakal ayah

Macamana rasanya bila anda diberitahu yg anda bakal menimang cahaya
mata? Kena pulak anda menunggu bertahun lamanya. Memang satu perasaan yg tak boleh diekspressikan dan dimimikkan oleh apa jua perasaan yg pernah dirasakan sebelum ni.
Aku bakal jadi ayah. Alhamdullilah, ini yg terdetik dlm hati kerana lidah kelu tuk berbicara lebih. Org mana yg tak gembira kan? Sedangkan kucing pun hepi dapat anak, inikan pulak kita manusia. Insya Allah, daddymu ini akan memberi sepenuh kasih dan menjagamu penuh tanggungjawap. Isk isk isk...lama lagi bulan 8 tapi kalau boleh nak baby, pling!...ada depan mata sekarang gak. Tak sabar sangat ni. Hehhehe... Oh ya, duduk dalam tu jangan notti sgt, sian mummy tau.

Selamat kembali!

Hahaha. Setelah setahun lebih menyepi (padahal malas), aku kembali mengaktif dan menceriakan blog aku yang dah bersarang lelabah. Series gile, kalo lelabah wujud di alam cyber, tentu dah bersawang blog aku ni. Hehehe.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Love shoes? Join us today at Kasut Kasut DotCom.

Looking for a wedding photographer?

biz card

Followers

Popular Posts

Search This Blog

Blogs

Powered by Blogger.

Social Icons

Featured Posts