Friday, November 27, 2009

E-Cigarette

Pernah dengar merokok tapi tak membahayakan diri? Kalau anda nak tau, sila ke smokerhaven.com. Baru-baru ni kawan aku ada beli rokok ni. Aku ada cuba juga, sekadar ingin tahu. Aku boleh katakan rasanya 99% macam rokok sebenar. Ini cukup bagus untuk para perokok yang ingin berhenti atau ingin merokok tapi tanpa mejejaskan paru-paru anda.
Tanpa tar, tanpa bahan kimia yang mengarut, tanpa asap, tanpa bau - ia cukup berbaloi. Anda boleh merokok di mana saja tanpa dimarah.
Starter pack bernilai hampir RM300 dan filter berharga RM15. Ada beberapa perisa -Dunhill, Marlboro dll. Macam mahal kan RM300 tu, tapi untuk jangka masa panjang ia amatlah menguntungkan anda. Yelah, rokok sekarang makin lama makin mahal.
Jadi, para perokok yang bijak, marilah beralih ke arah rokok yang sihat ini. Yang kurang bijak , teruskan merokok dan mempunyai gigi kuning dan nafas busuk. Sekurangnya anda kayakan kerajaan untuk cukai. Dan cukai tu boleh kerajaan gunakan untuk bangunkan negara supaya orang-orang yang tak merokok dan sudah berhenti merokok seperti saya, dapat nikmati kemudahan itu. HAHA!

Salam Aidiladha


Syukur alhamdulillah bertemu lagi kita dengan Raya Qurban. Kepada semua umat Islam, aku ucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha di mana jua anda berada.
Moga-moga kita dapat menghayati apa itu ibadah Qurban itu sendiri dengan cara yang betul, bukannya berkorban di jalan raya, berkorban duit dengan shopping sakan dan lain-lain.

Friday, November 13, 2009

2012

Semalam yang hangat (tapi tak hangat sebab petang aje hujan, petang aje hujan) aku pergi tengok pilem terkini iaitu 2012 di Cathay Cineplex dekat The Curve tuh.
Memang berbaloi tengok filem nie - 2 jam 40 minit tau running time ia. Mengisahkan bumi yang mengalami disaster yang teramat teruk sehingga kerak bumi beralih tempat dan tsunami setinggi 1500 meter (atau kaki) terhasil dan menenggelamkan hampir semua daratan. Hohoho! Orang sebelah aku sampai terkeluar hingus nangis tengok filem nih.
Walau tak dapat menggambarkan rupa kiamat itu sendiri, tetapi melihat efek filem ini bagaimana bumi ini musnah sudah cukup menggerunkan jiwa dan raga. Itu belum kiamat betul lagi!!!
Pengakhiran filem dapat dilihat unsur-unsur kisah Nabi Nuh a.s dan bahteranya mengharungi bah besar. Alah, cakap banyak tak guna. Korang pergilah tengok sendiri. Memang berbaloi-baloi bak Celcom Blue. Kalau kedekut nak keluar duit wayang , tunggu aje DVD copy atau leh download dari torrent yg bersepah nie.
Dari 5 bintang, dengan kedekutnya aku aku kasik 4.5 bintang kat filem nie. Cayok -cayok.

Cuti aku yang di penghujung...

Setahun! Selama setahun aku tunggu saat ini tapi akhirnya ia berlalu begitu sahaja. Oh tidakkk!!!
Hari ini hari terakhir cuti tahunan aku yang aku terpaksa ambil selama seminggu - ikut rules company. Cuti yang aku dok perap di rumah tanpa meng-cutikan diri ini ke tempat yang best. Tapi oklah, at least aku dan ainny berjaya mengecat guest room kami - walau bilik tu masih kosong tanpa perabot.
Kalau nak tau kami cat bilik guna dua warna - dari jenama Jotun iaitu warna Deep Olive dan Seashell. Kalau nak tau macamana warnanya, cari la sendiri.
Petang nanti nak buat projek penebatan wayar internet. Hehehe. Supaya pc aku yang kat hall ni boleh dibawa masuk ke bilik bersama streamyx ku sekali.
OK...aku blah dulu.

Friday, October 23, 2009

Komplen, jangan tak komplen.....

2 minggu sudah jiran belakang rumah aku dah kantoi ngan kami. Ada ke patut dia pecahkan simen belakang rumah dan segala air basuhan yang ada nasi-nasi basi, minyak, segala sayuran melimpah keluar dan kotorkan jalan belakang rumah aku.
Dah la air limpahan tu betul-betul depan pintu belakang rumah kami. Kalau siapa pun akan naik angin kan. Dengan encik lalat berkampung lagi. Kalau saliran tersumbat jangan lah ambil jalan mudah sampai susahkan orang lain.
Untuk elakkan konfrontasi, aku terus adukan hal ini ke MPSJ. Senang je, masuk website MPSJ dan hantar aduan. Dalam 4 hari datang seorang abang yang memeriksa. Siap ambil gambar. Siap ketuk jiran itu. Pelbagai alasan diberi - ini amatlah standard kalau dah kantoi. Suruh dibuka pintu belakang, kata tak boleh. Ada ke logik dek akal, pintu belakang rumah tak boleh dibuka.
Abang MPSJ tu ambil contact number dan gambar dan janji akan datang lagi untuk tindakan susulan. Yang kelakarnya, esok pagi-pagi, suami jiran belakang rumah bergotong royong dengan anaknya bersihkan belakang rumahnya. Ditebasnya pokok pisang, disimen balik simen yang dipecah. Aku rasa isterinya suruh suaminya ambil cuti. Yang paling best, elok aje pintu belakang tu dibuka seluasnya.
Sekarang dah selesai, tiada lagi air kotor. Tiada lagi encik lalat. Tiada busuk. Apa yang mereka nak maki atau umpat kami, kami tak kisah. Kami gunakan saluran yang betul.
Jadi, kepada anda jika ada masalah begini, adu saja. Jangan tunggu lama-lama.

Wednesday, October 7, 2009

Alat berkebun Black n Decker

Dua minggu sudah kami akhirnya berjaya membeli satu alat yang amat berguna untuk aktiviti berkebun kami - pemotong rumput dari Black n Decker.

Kepada sesiapa yang ada kawasan berumput di laman rumah, aku syorkan untuk memiliki alat yang cukup berkuasa ini. Berharga tidak sampai RM200 dan mempunyai waranti 2 tahun, ia amat berbaloi untuk dimiliki. Dari anda membelanjakan RM10 untuk sekali potong laman anda daripada mamat-mamat berbasikal, baik anda beli alat ini untuk jangka masa panjang.
Amat selamat digunakan, design yang menarik dan moden, sekurangnya kita boleh berpeluh di pagi sabtu atau ahad. Hehehe!
Sepertimana mesin rumput masakini, ia menggunakan string sebagai penebas dan pemotong, bukannya bilah besi. Selain memotong rumput, ia juga berfungsi sebagai edge trimmer.
Jadi, apa lagi, dapatkan ia di kedai-kedai berhampiran anda. Maksud aku, dapatkan di kedai-kedai DIY. Aku hampir membelinya di Giant tetapi oleh kerana tiada kad waranti di setiap kotak dan penjelasan yang agak pelik daripada staff Giant, membuatkan aku was was. Aku kemudiannya ke Sunway Pyramid dan membelinya dari kedai DIY (aku lupa nama kedainya..hehe).
Jadi, jika anda hendak menggunakan khidmat kami untuk memotong rumput laman anda, sila hubungi kami. Harga boleh bincang....hehehehe.

Monday, October 5, 2009

Syukur sesyukurnya....

H1N1, taufan di Filipina, tsunami di Samoa, banjir di India, gempa di Indonesia dan apa lagi selepas ini?
Bumi yang seudah tua dan makin hampir pada waktu terakhirnya makin meledakkan 'amarah'nya kepada umat manusia.
Itulah dia. Jika Tuhan mahu menarik apa jua dikehendaki-Nya, dalam sekelip mata saja Dia mampu melakukannya.
Ini menunjukkan betapa bertuahnya kita hidup di bumi bertuah Malaysia. Namun berapa ramai antara kita yang bersyukur? Ramai antara kita masih bertengkar sesama bangsa, bertekak sesama agama, bermasam sesama saudara.
Ramai juga antara kita mengeluarkan fatwa sesuka hati mengikut selera masing-masing, seolah-olah tidak takut kepada Allah walau pelbagai tanda dan amaran telah ditunjukkan. Ramai yang masih mempergunakan Islam sebagai landasan mencari kesenangan di muka bumi.
Persoalannya, sampai bila? Bila dilanda taufan, bumi sudah merekah dan asap keluar dari perut bumi baru hendak menyesal? Aku tidak mahu generasi baru akan datang dicemari oleh pelbagai 'pencemaran' yang tidak sepatutnya.
Anda mahu?

Thursday, October 1, 2009

Gaji amah RM 25 sejam?

Antara topik yang menjadi perhatian aku bulan lepas. Aku tidak pasti jika ia telah dikuatkuasakan atau belum, tetapi adakah ini satu keputusan yang bijak? RM25 sejam bagi aku terlalu tinggi dan mewah untuk seorang amah dari Indonesia. Aku kira jika seorang amah bekerja 5 jam sehari untuk 20 hari sebulan, gajinya RM2500. Ini jauh melebihi gaji sesetengan pekerja awam kita. Adakah ini adil? Itu baru 5 jam, kalau sehari 10 jam? Bayangkan betapa mewahnya kehidupan amah-amah Indonesia ini. Patutlah begitu ramai nak sangat ke Malaysia, kerana ada orang sini yang begitu membela nasib mereka sehingga lupa kepada warga sendiri.

Persoalannya wajarkah perkiraan ini? Tanpa sebarang pendidikan dan hanya tahu mengemas rumah dan memasak secara lebih kurang, dibayar beribu sebulan? Aku pasti ramai warga kita di luar sana yang sakit hati dan pedih mendengar berita ini. Jika benar hendak diberi RM25 sejam, lebih baik dicari warga kita sendiri menjadi pembantu. Sekurangnya wang itu mengalir kepada orang sendiri. Mengapa tidak ditubuhkan agensi pembantu rumah warga Malaysia sahaja? Aku yakin orang Malaysia lebih gemar bekerja dengan orang sendiri dari orang asing.

Mungkin orang yang memberi cadangan ini adalah mereka yang berada. Tidak punya masalah tentang wang. Jika RM50 sejam pun mereka mampu bayar. Sangat mementingkan diri dan pendek akal.

Aku yakin makin ramailah warga wanita kita yang berhenti kerja semata menjaga rumah dek tak tahan dengan gaji amah yang tinggi Sudahlah diberi cuti sehari dalam seminggu, sekarang mahu dinaik gaji. Amat mengarut!!!

Selamat Kembali....

Ahhh...
Aku kembali setelah berehat agak lama. Ermmm...banyak juga yang peristiwa yang berlaku bulan lepas.
Oh ya...salam Aidilfitri untuk semua. Masih belum terlambat untuk ucapan aku kira. Aku akan cuba mengemakinikan tulisan aku dengan topik-topik yang aku terlepas. Insya-Allah.

Monday, August 31, 2009

Salam kemerdekaan ke 52


Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Alhamdullilah dan syukur kerana hari ini negaraku tercinta menyambut hari kemerdekaannya ke 52.
Semalam aku menonton filem 1957: Hati Malaya di tv. Begitu perit, pahit dan kelatnya para pemimpin terdahulu mencari kebebasan untuk negara ini. Dan begitu manis, indah dan intimewanya perasaan memperoleh kemerdekaan itu.

Namun berapa ramai antara kita yang begitu beriya-iya ingin mengekalkan kemerdekaan dan kebebasan kita?

Semangat patriotisme di kalangan rakyat walau masih tebal tapi makin menipis dari hari ke hari. Apakah erti merdeka kepada kita? Hanya cukup bersorak di dataran? Pergi membeli belah kerana hari ini hari cuti? Merempit?

Jika ditanya diri ini, tidak banyak yang aku lakukan. Aku bukan pejuang. Aku hanya orang kebiasaan. Namun telah lama aku sematkan dalam hati dan jiwa betapa aku cintakan Malaysia dan aku sesekali tidak akan bertindak di luar akal yang akan merugikan negara, bangsa dan agamaku.
Ayuh semua. Marilah kita mengekalkan kebebasan kita. Jangan persiakan perjuangan para peminpin, pejuang dan pembela terdahulu. Jangan cemarkan kebebasan kita dengan tindakan bodoh dan mengikut nafsu.
Salam merdeka saudaraku semua....

Friday, August 28, 2009

Berjimat di bulan puasa?

Syukur alhamdullilah, hari ini sudah masuk puasa ke 7. Sudah seminggu berpuasa, tup tap tup tap lagi 3 minggu kita bakal beraya - yipeeeee!
Tapi sepanjang berpuasa ini, aku terfikir - boleh kah kita berjimat di bulan puasa? Aku kira-kira balik - lebih kurang sama saja perbelanjaan harian di waktu berpuasa atau tidak. Puasa tidak makan minum siang hari - tapi kos untuk berbuka itu umpama seharian punya belanja. Hehehe. Inilah yang dikatakan - nafsu bazar Ramadhan.
Tapi tak mengapa - aku sekarang sudah menghadkan belanja bazar. Tak sanggup aku membazir setiap hari. Beli karipap 2 ringgit cukup. Makan tapau dari rumah. Kalau nak tau, hari ni masuk hari ke-5 aku berbuka dalam kereta. Yelah, masuk kerja jam 8. Terang-terang aku bertolak dari rumah pukul 7. Tapi tak mengapa, berbuka dalam kereta pun syok juga. Lepak seorang diri, pasang radio, makan. Lagi senang. Tak payah berebut tempat di kafe. Tapi mulai minggu depan aku kena berebut lah, sebab minggu depan aku mula kerja shiff petang. Ok, kejap lagi bazar Ramadhan tempat aku dah nak mula, aku kena bersiap sedia. Hahahaha!

Tuesday, August 25, 2009

Nafsu membuak di bulan Ramadhan

Satu-satunya nafsu yang sukar aku kawal di bulan puasa ni - nafsu makan. Hari pertama dan kedua Ramadhan sahaja aku hampir habis RM100 untuk berbelanja di pasar Ramadhan. Tak ke gila namanya itu!!! Apa yang aku beli entahla. Ada saja yang teringin pabila ke pasar Ramadhan. Nampaknya aku kena kawal diri aku. Kalau terusan begini, bukan sahaja membazir, poket aku pun tak berpuasa sekali.

Hari ni gaji. Hahaha. Syoknya. Sabtu ni aku nak pergi beli-belah untuk raya. Saja pergi awal - nanti taklah kelam kabut, lagi-lagi KL tu, kalau tak sesak tak sah.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan kembali menjengah




Alhamdullillah, kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang mulia. Kepada semua saudara di luar sana, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam Ramadhan dan semoga kita mengambil kesempatan yang hanya setahun sekali ini untuk lebih kuat beribadat kepada-Nya.


Girang rasanya untuk bertemu dengan Ramadhan. Rindu untuk merasa lagi suasana berpuasa, berbuka, bersahur, berterawikh...dan dalam pada itu senarai baru untuk si Izrail akan keluar dan sebagai seorang yang amat kurang ibadahnya - aku takut jika aku atau insan tersayang berada di dalam senarai itu.

Semoga amal ibadah kita semua diterima oleh Yang Kuasa.
Selamat Berpuasa Zahir & Batin.

Tuesday, August 18, 2009

Insiden di LDP

Pagi ini aku melalui LDP. Jam 9 lebih memang normal jalan sesak. Tika leka memandang ke depan, aku dikejutkan dengan insiden kemalangan kecil yang terlebih dahulu disedari oleh isteriku.

Bukan insiden besar pun. Seorang pakcik dan pembonceng, mungkin anak atau isterinya - melanggar belakang sebuah Avanza yang agak baru berdasarkan pletnya. Pakcik yang agak berumur itu terjatuh ke jalan, sambil lututnya sedaya upaya menahan motornya dari terus jatuh ke jalan tar. Aku tau dia pasti sakit, sekurangnya lututnya pedih menahan berat motor dan terhentak ke jalan, ditambah dengan umurnya. Ini mengingatkan aku kepada ayahku yang baru saja kemalangan motor 2 minggu lepas. Aku tau macam mana orang tua sakitnya mereka terlibat dalam insiden sebegini.

Yang menjadi perhatianku ialah pemandu Avanza itu sendiri. Aku faham mungkin keretanya baru keluar showroom atau dia sudah lewat ke pejabat. Tetapi sesudah pakcik itu melanggar belakang keretanya, dia keluar dengan muka bongkak, melihat belakang Avanzanya, masuk ke kereta dan berlalu pergi. Meninggalkan pakcik itu terkial-kial cuba mengangkat motor keseorangan dalam kesakitan - anaknya tergamam tidak mampu berbuat apa-apa. Mungkin terkejut dan mungkin juga takut dimarah dek pemandu Avanza.

Amat memalukan. Sebagai seorang manusia yang tuhan kurniakan hati, perasaan dan belas - sanggup lelaki itu berlalu begitu sahaja tanpa menghiraukan pakcik itu. Bagi aku itu sudah cukup kejam. Mungkin pakcik itu yang bersalah sebab terlalu dekat mengekori keretanya - tetapi itu bukan alasan untuk menolak perasaan belas sesama insan. Tidakkah terfikir olehnya untuk bertanya jika pakcik itu cedera? Atau busuk-busuk pun, tolong mengangkat motor yang mahu menghempap tubuh pakcik itu. Ini tidak, dengan gaya bongkak terus berlalu. Umpama selepas melanggar anak kucing.

Inikah bangsa Malaysia yang kononnya penuh sopan, budi pekerti dan bertimbangrasa? Fikir-fikirkanlah. Orang bongkak seperti itu akan tua jua satu hari nanti dan akan tahu bagaimana rasanya tua itu. Dan kita yang masih membuka mata dan minda, ingat-ingatlah.

Monday, August 17, 2009

Salah undi tak masuk syurga?

Hmmm...hari ni keluar lagi kenyataan dari seorang pemimpin yang mengatakan ahli parti yang satu lagi tak akan masuk syurga. Ini bermakna ahli yang berjumlah jutaan ini kesemuanya akan terjerumus ke api neraka. Yelah, dah tak masuk syurga maknanya akan ke neraka.

Satu lagi kenyataan yang dipengaruhi sentimen politik yang begitu tebal. Siapakah mereka atau kita untuk mengadili sama ada manusia ini boleh ke syurga dan insan itu akan ke neraka? Kita hanya manusia kerdil yang amat tidak layak untuk menghukum siapa akan ke syurga neraka. Ini semua urusan Allah swt.

Entahlah dengan politik kita. Warnanya pelbagai. Aku tetap dengan pendirian yang syurga neraka ditentukan oleh Allah swt, bukan oleh si polan itu ini. Aku percaya tidak semestinya kalau berkopiah dan berserban itu akan pasti akan ke syurga, dan kalau berkemeja itu akan ke neraka. Zahir tidak membuktikan apa-apa. Allah tahu apa jua niat anda dan Allah jua yang akan mengadili. Anda boleh berbohong kepada seluruh alam tetapi anda tidak boleh bohong Allah swt.

Jika hendak berkempen pun, ingatlah batas. Batas sebagai seorang manusia, batas sebagai Melayu dan batas sebagai Islam. Agama dan akidah janganlah dipermainkan seperti anda bermain politik. Akibatnya anda sendiri akan tanggung, kalau tidak di alam fana ini, sudah pasti di alam sana. Nauzubillah....

Itu tak salah...ini tak salah...mereka saja yang betul!!!

Aku terpanggil untuk menulis - kerana bengang yang amat sangat. Minggu lepas kita baca suratkhabar. Antara topik paling menarik perhatian ialah - orang bukan Islam boleh hina Islam sebab mereka tidak faham Islam. Kenyataan apakah ini? Dalam banyak al-kisah dan ceritera politik - ini adalah antara kenyataan yang paling aku tidak boleh terima. Aku geram, bengang, marah, sedih, kecewa, dan pelbagai lagi. Tambahan pula. ayat ini keluar daripada insan yang terkenal dengan 'kepandaiannya' dalam Islam.

Aku bukanlah cerdik pandai dalam Islam, tapi aku marah apabila ada orang lain menghina Islam, tak kira dari saudara Muslim atau bukan. Tapi bila ada budaya aku boleh, engkau tak boleh - ini yang mengelirukan ramai orang Islam sendiri. Kepada fanatik-fanatik, apa yang keluar dari mulut pemimpin mereka itu lah yang betul - tanpa berfikir. Apa ini? Semua ditelan bulat-bulat tanpa membuat sebarang tapisan.

Katakanlah - kenyataan ini keluar daripada musuh mereka, wow! Sudah pasti ada suara-suara marah di sana-sini. Silap haribulan, demontrasi terus. Tapi kali ini tak mengapa, sebab yang berkata adalah pemimpin kesayangan mereka.

Kalau bukan Islam boleh hina Islam, jangan lah kaum fanatik ini marah atau mengamuk jika ada pihak luar membuat kenyataan hina Rasul, lukis gambar Rasul, buat filem hina Islam, bahkan bakar al-Quran...sebab mereka ini tidak faham Islam. Jangan marah, tapi anda perlu senyum dan berkata "Takpa la, mereka tak tau Islam.". Hmm..lepas ini makin ramailah yang berani bersuara dan membuat provokasi tentang Islam. Jika ditanya, 'Saya tak tau Islam maaaa....saya mana tau itu tak boleh maaa.......lu punya ketua cakap takpa maaaa...."

Inilah buruknya jika politik bermaharajalela di kepala, nafsu politik jika tidak dibendung ini lah akibatnya - tak kira anda ulama atau tidak, jika nafsu politik sudah penuh di kepala apa jua tak betul dihalalkan dan yang haram boleh dihalalkan. Aku sangat berharap - tak kira kita penyokong mana tapi jika berkenaan Islam dan bangsa, kita semua harus bersatu. Lupakan politik sebentar kerana Islam itu datang dari Allah swt dan Allah swt itu adalah Tuhan kita Yang Satu. Kita semua hamba-Nya dan menyembah-Nya.

Sedarlah wahai bangsaku. Bangsa lain mula mengintai peluang, tetapi kita bercakaran sesama sendiri. Apakah faedahnya? Kuasa? Harta? Harga diri? Nama? Apa pun yang kita kejar , kita tetap akan menghadap Yang Satu, dan tika itu tiada undur atau maaf. Bertaubatlah demi Islam dan Melayu kita!!!

Tuesday, August 4, 2009

Lagi lagi demontrasi...

Depa takde kerja lain ke? Tak puas hati merusuh...tak suka mengamuk. Kalaulah anak-anak korang protes dengan sikap korang sebagai mak ayah, dengan bersepanduk menyindir korang di depan jalan rumah korang, apa korang rasa? Korang peduli apa kan, sebab korang tak rasa benda-benda sebegitu.
Dahla majoriti adalah manusia sebangsa dan seagama dengan aku...malu aku! Bangsa lain ketawakan kita...korang tak tau ke? Ke saja buat tuli? Hati dah sekeras jalan tar depan Sogo? Semangat berkobar bak bara puntung rokok korang - tapi dibuat di tempat yang tak betul. Saja mencari masalah.
Mungkin mereka ini tak pernah rasa susah. Jadi apabila ada tak puas hati dengan kerajaan, mogok, merusuh, demontrasi - bila negara dan ditimpa musibah bak Palestin baru mereka ini sedar...bertuahnya hidup mereka.
Pakcik-pakcik separuh abad berkopiah dan makcik-makcik - lebih baik pakcik/makcik luangkan masa dengan anak cucu di hujung minggu. Makan cokodok atau goreng pisang di rumah dari berpanas melanggar peraturan tak bertempat. Pergi bersembang di kedai kopi lepas balik dari surau lagi bagus.
Pelajar-pelajar IPT - patut dibuang saja dari kolej. Tak mengenang jasa. Biasiswa, pinjaman, tempat belajar kerajaan sediakan, tapi menentang balik. Persis anak sekolah derhaka kepada mak ayah yang membela dan menyekolahkan. Kalau anda malas belajar sekalipun, jangan la sampai susahkan orang lain. Anda bermasalah sudah, jangan tarik orang lain.
Tak kesian ke kepada peniaga-peniaga yang tak pasal-pasal kena tutup kedai dek perangai tak senonoh korang? Korang peduli apa kan. Bukannya mak ayah korang ada buka kedai kat situ. Betul tak? Dah tu siap kata , salahkan kerajaan sebab peniaga terjejas. Kenyataan paling bodoh pernah aku dengar di alam cakerawala ini. Korang yang bertempik macam orang kena rasuk, korang yang mengganas macam Hulk hilang akal, korang yang berkumpul berarak macam kambing keluar kandang...korang kata salahkan kerajaan? Kalau lah polis negara ini macam polis luar negara, pasti beratus daripada korang ambil MC sebab kena belasah ngan belantan. Tapi kalau kena pun memang padan muka.
Sudah sudah la dari menjadi boneka. Cukup cukup la menjadi lalang. Ingat Allah. Ingat keluarga. Ingat diri sendiri. Kalau otak tu tak boleh berfikir, tak tau aku nak cakap apa...nak samakan dengan otak lembu, nanti marah pulak.

Thursday, July 30, 2009

BMW tarik diri dari F1



Pulak dah!!! Semalam pihak BMW mengeluarkan kenyataan tentang pengunduran mereka dari kancah F1 tahun depan. Katanya hendak gunakan pembelanjaan ke tempat yang lain pula. Nampak gaya tak akan nampak kelibat logo Petronas di sisi mana-mana pasukan F1 lagi selepas musim ini.

Penarikan ini aku rasa akan membawa impak juga kepada negara - sehinggakan menteri terbabit berkata kerajaan akan kaji apa impaknya kepada Petronas dan negara secara umumnya.

Aku sokong pasukan BMW dah lama juga, tidaklah fanatik sangat tapi atas sebab semangat nasionalisme yang tinggi - aku sokong apa jua yang berkaitan dengan negara ini. Nampak gayanya mulai tahun depan aku terpaksa 'mencari' pasukan mana yang aku akan sokong.

Kubica dan Heidfield memang pasti gelabah dengan berita ini. Mereka dan kakitangannya sudah pasti mula mencongak ke mana hala tuju mereka selepas ini. Aku cuma harap pihak BMW tidaklah lepas tangan begitu sahaja terutama kepada pasukan teknikal mereka. Tapi aku pasti Kubica dan Hedfield akan disambar oleh pasukan lain tahun depan - terutama pasukan baru.

Apa yang tak kena entahlah, tapi BMW musim ini layu - bagi aku antara musim terburuk mereka. Kecewa juga aku apabila setiap kali perlumbaan, kedua pemandu akan menghuni petak 10 ke belakang. Aku mengharapkan keajaiban bila tiba musim depan - tapi nampak gayanya tak kesampaian lah hajat aku dan mungkin juga peminat BMW yang lain.

Cuma aku harap BMW akan kembali beraksi pada masa hadapan. Mungkin mereka perlukan masa rehat untuk betul-betul mengkaji dan kembali dengan teknologi yang lebih canggih. Mungkin. Dan mungkin juga musim depan Petronas akan bekerjasama dengan pasukan lain pula. Satu kebarangkalian yang tidak boleh diabaikan.

Wednesday, July 29, 2009

ISA

Aku cuma rakyat biasa. Aku salah seorang dari beribu, dan mungkin berjuta rakyat Malaysia yang bersifat diam - yakni hanya melihat dan mendengar apa jua senario tanah air.

Tapi aku terpanggil menulis pasal ISA - sebab aku dah bosan dengan lakonan dan lagak sesetengah kumpulan yang ingin menjadi hero rakyat kononnya dan memperjuangkan hak asasi manusia, yang bagi aku, rakyat Malaysia adalah antara manusia paling bertuah di muka bumi ini.

Aku bukan golongan cerdik pandai, jauh sekali tahu pasal undang-undang. Tapi apa yang aku tahu, wujudnya ISA hanya satu - demi keselamatan negara Malaysia, negara kita yang kita cintai ini. Jadi mengapa dipertikaikan? Adakah golongan yang 'bising' ini bertempik kerana yang ditahan itu 'kawan' mereka? Entahlah.

Yang nyata, aku tidak setuju jika ISA dimansuhkan. ISA sangat penting demi keselamatan negara. Aku berpendapat, undang-undang dicipta bukanlah untuk menganiaya manusia lain - hanya manusia yang menganiaya manusia. Ya, memang undang-undang buatan manusia tidak sesempurna undang-undang Allah swt, tetapi aku percaya undang-undang yang wujud setidaknya di negara ini sendiri, untuk kebaikkan kita semua.

Apa yang perlu ditakutkan dengan ISA? Aku tak takut. Sebab aku tak buat salah dan aku memang tidak dan tidak akan berniat nak langgar undang-undang negara,Insya-Allah. Jadi, apa yang kumpulan ini takutkan? Biar aje lah ISA itu terus wujud. Melainkan mereka berasa, ISA ini mampu menggugat tingkah laku mereka - sebab itulah mereka memperjuangkan pemansuhan ISA ini. Yang aku khuatirkan, jika ISA dimansuhkan, tika itu jugalah akan muncul pihak & kumpulan tertentu yang akan mengambil kesempatan. Tika itu, terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata dan perbuatan? Tepuk dada tanya selera.

Aku ada nasihat bagi mereka yang takutkan ISA. Senang aje. Jangan buat salah dan jadilah warganegara yang baik. Itu aje. Habis cerita.

Sunday, July 26, 2009

Isma Halil - DJ radio terbaik di Malaysia



Belek punya belek kandungan cakera kerasku, ada beberapa fail cerita seram empunya insan bernama Isma Halil. Aku rasa ramai yang kenal Isma Halil - kecuali pendengar radio muda. Malam-malam, tika bosan aku akan memainkan fail itu melalui telefon bimbit...umpama mendengar radio secara langsung.


Isma Halil - aku tak berapa mengenali 'brother rock' ini. Aku mula mendengar celoteh beliau mulai tahun 1998 tak silap aku. Tidak dapat diingat stesen mana, tapi aku tau Isma pernah bersama THR dan RFM...dan radio Muzik kalau aku tak silap.

Bagi aku Isma adalah DJ radio terbaik pernah aku dengar. Sampai ke hari ini, walau pelbagai rupa bentuk dan perangai DJ baru muncul macam cendawan tumbuh selepas hujan, tiada satu pun berjaya menarik perhatianku sebagaimana aura Isma Halil. Isma Halil terlalu istimewa. Dia lain dari yang lain.

Antara segmen kegemaran ramai ialah Rockerena (betul ke aku eja?) dan Kisah Seram. Memang segmen ini amat top satu tika dulu. Masih kuingat tika ku di UiTM dulu, tiba masa segmen seram ke udara, satu bilikku akan berkurung mendengar segmen ini. Lampu dipadam dan masing-masing berkelubung atas katil masing-masing - menimbulkan rasa seram dan menghayati satu demi satu kisah seram dari pemanggil. Itu lah penangan Isma Halil kepada ku dan teman-teman.

Bila tiba Ramadhan, setiap malam juga pabila tiba masa bersahur , tika itulah segmen kisah benar bermula. Arwah ibuku juga gemar dan akan mendengar setiap malam. Kisah-kisah benar yang begitu menyayat hati dan penuh tauladan sering mengundang rasa sebak, duka dan kekadang benci kepada hati pendengar. Memang terlalu istimewa segmen kendalian Isma Halil.

Isma Halil juga yang aku tahu, satu-satunya DJ yang mengambil panggilan secara 'live' dalam setiap panggilan - tanpa sebarang tapisan. Itu yang membuat ia begitu menarik. Kekadang panggilan memaki hamun diterima dan didengar oleh semua pendengar. Isma adalah DJ yang tegas - tidak suka pendengar berbohong atau kurang ajar. Jika ada, di situ juga Isma akan 'mengajar' pemanggil nakal itu. Itulah kekadang pemanggil itu kembali mendail dan mencarut ke udara. Tetapi, itu yang membuatkan segmen itu menarik. Terlalu realiti dan jujur.

Sekarang Isma telah menghilang dan tidak bersama lagi stesen-stesen radio terkemuka - dek sebab-sebab yang tidah diketahui. Kali terakhir aku dengar - dia bersama Radio Melaka. Ramai tahu Isma membawa diri - bukan kerana takut, tapi bosan, jelik dan meluat dengan karenah-karenah bos-bos stesen radio. Ini hanya teori orang ramao - sebab utama hanya Isma yang tahu.

Isma ada merakamkan album. Aku berjaya mendapat salah satu di laman Youtube. Antara lagu popular beliau adalah Minah Kilang. Isma juga ada banyak 'tagline' , antaranya Kita kawan-kawan takmau lawan, mintak maap Malaysia, kulit durian, dan banyak lagi. Tapi yang paling 'best' bagi aku - 'tagline' pembuka bicaranya yang panjang berjela. Dari utara ke selatan, dari barat membawa ke timur...asslamualaikum pakcik-pakcik, makcik-makcik, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik.......... terlalu panjang untuk diingat.

Kepada Isma Halil, jika boleh kembalilah bersiaran. Pasti ramai peminat anda menantikan kemunculan anda kembali. Radio-radio sekarang terlalu bosan segmennya. THR makin dilupakan...RFM dah berkubur. Entahlah.



Saturday, July 18, 2009

Al-Fatihah 'tuk Pak Tua

Seawal jam 7 pagi tadi , aku dikejutkan dengan berita sedih yang pakcik aku meninggal. Pakcik Shaari atau lebih mesra dengan panggilan Pak Tua kembali ke pangkuan Ilahi malam sebelumnya jam 10.
Agak malang bagi aku, pabila tiba di kampung, jenazah sudah selamat dikebumikan. Tak dapat aku melihat wajah Pak Tua yang suka membalut rokok daun itu buat kali terakhir. Terkilan la juga. Tidak ada rezeki bagiku.
Berita ini sebenarnya tidaklah terlalu terperanjat kerana kami memang sudah maklum yang dia memang sudah uzur. Tapi memang menyedihkan kerana tak ramai saudara yang rapat dengan keluargaku, dan Pak Tua sekeluarga adalah salah satunya. Seorang yang pendiam, murah dengan senyuman, baik budi pekerti dan ringan tulang - antara sifat Pak Tua yang tak akan dilupakan.
Al-Fatihah untuknya. Moga Pak Tua tenang di sana.
Insya-Allah, kami akan menyusul kemudian hari bila dipanggil.

Tuesday, July 14, 2009

Projek terbaru aku

Inilah projek terkini aku...membuat 'editing' dan memproses ratusan foto untuk pelanggan India pertama aku. Harapan aku menggunung moga-moga projek ini mengena umpannya.
Jika menjadi, insya-Allah jika ada rezeki dari-Nya pelanggan dari mereka berketurunan India bakal hadir.
Aku cuba lari dari asyik membuat perkahwinan Melayu - kerana sudah terlalu ramai 'photographer' untuk satu kaum ini.
Okey, aku tak ada masa banyak...ini ada sedikit previu 'Indian Wedding' aku.


















Saturday, July 11, 2009

Aku + Sibuk = Takde masa

Kebelakangan ini aku terlalu sibuk...dengan itu ini. Nak siapkan album client lagi. Aduh! Memang letih sangat. Disebabkan sibuk ni, aku takda masa nak mengemaskini blog aku...walau pun idea di otak ni mencurah-curah. Arghhhh! Masa memang takkan cukup..kita sebagai manusia kena pandailah membahagikannya. Jadi aku kena berhenti....nak buat kerja lain dulu.
Chow cin chau...!!!

Tuesday, June 30, 2009

Elok la jika begitu...

Akhir-akhir ini negara ini dikejutkan dengan beberapa kes amah Indonesia di dera dek majikan. Ini telah mendorong pihak kerajaan Indonesia menggantung penghantaran amah mereka ke negara bertuah ini.
Sesungguhnya aku memang tidak bersetuju dengan kejadian yang berlaku. Manusia perlu saling menghormati, tidak kira siapa anda dan siapa mereka. Tidak kira anda bos atau anda kuli. Hormat adalah satu perasaan dan 'attitude' yang perlu hadir di setiap jiwa insan. Majikan yang bersifat binatang itu perlu dihukum sewajarnya. Jika aku, hukum saja macam apa yang dia telah buat kepada mangsanya.
Tapi ini bukan ceritanya. Ini perihal penggantungan warga Indonesia dari datang mencari nafkah di bumi yang murah dengan rezeki ini. Entahlah jika tindakan ini wajar atau tidak. Tetapi bagi aku elok juga. Kita terlalu bergantung kepada mereka. Mungkin kejadian ini ada hikmahnya. Sudah tiba masa kita meneroka peluang di tempat lain.
Kerajaan Filipina baru-baru ini berminat untuk membolot peluang dengan menghantar ribuan amah Filipinanya yang Islam ke negara ini. Dua tiga hari ini ada juga cadangan untuk melatih warga negara ini sendiri sebagai pembantu rumah dengan upah yang lebih sedikit dan akan ada pula Socso,KWSP dan sebagainya. Ini sudah bagus. Aku yakin warga kita lebih percaya jika orang kita yang sendiri bekerja untuk kita, apa tah lagi tidur serumah, membela anak kita dan memasak.
Aku tidak anti-Indonesia, aku tahu bagaimana menghormati sesama makhluk Allah, tapi bagi aku cukuplah setakat ini. Warga mereka terlalu ramai. Sampai kadang kala ramai orang kita yang berperasaan mereka bukan berada di negara sendiri. Ditoleh kanan kiri, depan belakang semuanya warga seberang. Memang rimas bila berada di negara sendiri tetapi dikelilingi warga asing.
Tatkala kerajaan di sana sibuk mahu kita kita menghukum majikan yang salah, mereka juga patut lihat apa yang warga mereka telah lakukan. Aku rasa bukan sedikit, bukan tiga empat kes amah mereka yang lari dari rumah, yang mencuri harta majikan, yang lalai menjaga anak majikan, yang berani membawa orang lain masuk ke rumah bila majikan tiada. Itu belum dicampur kaum lelakinya yang berani bertindak kurang ajar dengan datang ke sini untuk menjadi perompak berjaya, perogol, peragut, samseng dan bermacam lagi. Tidak pasti apa kerajaan mereka lakukan pada kes-kes ini, mungkin hanya nasihat di mulut supaya menghormati undang-undang. Itu pun aku yakin, ramai majikan bersikap pejam sebelah mata dengan tidak melapor segala kes buruk oleh amah mereka. Itu pun di katakan majikan Malaysia ini tidak baik. Di tambah dengan undang-undang baru yang mahukan amah diberi cuti sehari dalam seminggu. Makin banyaklah warga seberang melepak di 'shopping complex' setiap hujung minggu. Makin banyaklah 'kelab-kelab' akan tertubuh. Dan yang paling merisaukan, gejala sosial di kalangan warga mereka akan bertambah.
Tidak semuanya jahat. Ada juga mereka yang sangat berjiwa insan. Berhati mulia. Tapi cukuplah. Cukuplah kehadiran mereka. Masa telah tiba untuk kita berlaih angin.
Apa kata anda?

Monday, June 29, 2009

Perginya seorang legenda










Jumaat lepas dunia dikejutkan dengan kembalinya Mikaeel atau lebih dikenali dengan nama Michael Jackson. Aku bukan pengikutnya, jauh sekali meminatinya. Tapi entah...kala diri ini mendengar khabar sedih itu, hatiku berasa pilu...naluriku sayu...jiwaku layu. Semacam menolak ketentuan Ilahi, aku berpendapat mengapa begitu cepat dia pergi? Bukan aku, tapi aku percaya jutaan manusia berfikiran seperti aku.


MJ memang seorang yang berpengaruh terutama di kalangan mereka yang telah hidup di zaman lagi Thriller, Bad dan banyak lagi. Fenomena yang ditinggalkan memang terlalu gah. Dia lah insan yang memperjuangkan kesamarataan dan keamanan melalui lagunya.


Impak yang dihasilkan beliau memang tidak dapat dinafikan. Keupayaan MJ melontar vokal serupa apa yang didengar di kaset dan CD...kemahirannya ber-moonwalk, menari...memang tiada tolok bandingan.


Dalam gembira dan gah, ada jua tika jatuhya MJ dengan pelbagai tohmah dan dakwaan. Dunia MJ penuh dengan suka dan tidak kurang duka. Keinginannya untuk membuat 'come back' dengan konsert terakhir bulan Julai ini hanya tinggal impian. Tiada lagi MJ dapat dilihat di mana apa pun. Hanya internet, CD dan seumpamanya sumber peminatnya melepas rindu.


Selamat tinggal Mikaeel. Anda berjaya menempatkan diri anda setanding legenda Elvis Presley, John Lennon dan ramai lagi...dah tidak keterlaluan jika aku kata dia lebih hebat dari Elvis.


Selamat tinggal...semoga anda tenang di sana. Alhamdulilah, anda mati sebagai Islam dan insya Allah, Dia tidak akan mempersiakan kepercayaan kamu itu.


Al-Fatihah.











Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa


Ayah...
Kebanyakkan kita lebih gemar menyanjungi si ibu lebih sedikit dari si ayah. Mengapa? Ibu yang mengandungkan kita? Mungkin...Aku akui, aku lebih senang dan selesa berbicara dengan ibuku tika dia masih hidup dahulu. Mungkin sifat ibu yang lembut menjadikan mereka seorang pendengar dan penasihat yang terbaik.
Tapi ayah apa kurangnya. Insan yang membanting tulang untuk rezeki famili, insan yang melindungi kita, dan macam2 lagi. Bagi aku, ibu atau ayah tiada bezanya. Mungkin wataknya sahaja yang berbeza, namun mereka tetap insan yang terbaik bagi mata anak-anak.
Aku masih ingat tika aku kecil...betapa ayahku begitu penyayang. Selalu dia ambilku di sekolah dengan Honda C70nya, kalau hari hujan, dipakaikan aku baju hujan yang lengkap dan dia hanya membiarkan titik titik hujan meratah tubuh kurusnya. Padahal hari sudah petang, apa salahnya aku dibiarkan terkena paluan hujan. Aku kira dia yang patut berlindung, bukan aku. Tapi naluri ayah, takkan biarkan anaknya kesejukkan.
Masih kuingat jika ada malam yang aku tertidur di ruang tamu, ayahku tidak akan mengejutkanku dari lenaku, bahkan dia akan mengangkatku perlahan membawaku ke kamar. Betapa die tidak mahu aku bangkit. Padahal ketika aku sudah berumur 11-12 tahun pun, ayahku masih mampu mendukungku. Begitulah kasih seorang ayah.
Masihku ingat tiada sekalipun maki hamun atau sejentik pun hukuman yang aku terima jika aku bersalah. Tapi tanpa itu semua, aku tetap tidak rosak. Aku tetap menjadi insan yang tahu hukum alam.
Banyak! Memang banyak hendak dibicara tentang ayah. Begitu juga dengan ayah-ayah di luar sana...banyak cerita mereka yang boleh kita contohi. Memang ramai sayang ibu lebih dari ayah, tapi tanpa ayah tiadalah ibu...dan tiadalah kita.
Sayangi mereka. Hormati mereka. Teladani mereka.
Abah....saya sayang Abah.....
Selamat Hari Bapa

Thursday, June 18, 2009

Emo + Ego = Bodoh?

Anda emo? Anda ego? Siapa tak pernah emo...tiada manusia yang tiada egonya. Semua perasaan yang wujud datang dari Yang Esa dan ia ada baiknya kalau diguna dengan baik dan dah tentu akan menjadi buruk jika disalahguna.
Salah guna? Macam mana tu....? Kita manusia seindah ciptaan-Nya. Kita punya akal. Kita ada fikiran. Gunakan sebaiknya. Emo dan ego itu satu perasaan...yang juga boleh dikategorikan sebagai nafsu. Nafsu lawannya akal. Allah beri kita semua otak yang sama, tiada kurang, tiada lebih. Terpulang pada kita nak mengikut nafsu atau berfikiran waras, rasional dan logikal yakni berakal. Namun ramai telah yang tewas. Emo tak tentu pasal. Ego tak kena tempat.
Orang tegur sikit nak emo...tak dapat itu ini emo...dan kadang kadang yang lucunya, makanan lambat dihidang pun nak emo. Memang lucu kan. Tapi ini lah manusia. Seringkali akal ini tidak dapat menerima alasan emo sebegini. Logikkah bertuankan amarah atas alasan sebegitu rupa?
Berbicara tentang ego, kebanyakkan mereka yang ego ini adalah mereka yang bijak. Mengapa? Sebab mereka rasa mereka lebih bagus dari orang lain. Merekalah hebat, merekalah betul, merekalah pandai, semuanya mereka dan keluarga mereka. Tapi mereka tidak sedar, bijak mana pun mereka, ada bodohnya mereka. Terlalu mengikut perasaan. Harga diri terlalu mahal. Pentingkan diri sendiri.
Insan egois ini sukar meminta maaf. Bukan setakat sukar, memang takkan minta maaf - kecuali sudah terhantuk baru nak tengadah (itu pun kalau sedar..kalau tak?) Mereka rela tidak bertemu sapa. Sanggup bertahun tak bertegur sapa. Gemar bermasam muka. Lebih suka memencilkan diri. Sampai mereka lupa siapa diri mereka. Lupa asal usul. Di mana kedudukan mereka. Maruah dan harga diri memang patut dipertahankan, tetapi biarlah di tempat, masa dan situasi yang betul.
Emo?Ego? Kita tak suka bila teman atau keluarga kita emo dan ego. Tapi kekadang hingga lupa yang kita pun dua kali lima. Beringatlah kita siapa kita. Mana asal usul kita. Alhamdulillah. Aku bersyukur sesyukurnya kerana sebagai insan yang lemah dan rapuh, aku masih mampu mengawal emoku dan menepis egoku...walau terkadang aku tewas jua...namun aku tidak pernah membiarkan akalku tewas terus.
Tiada ubat bagi emo dan ego. Hanya diri kita yang bisa mengubatinya sendiri. Fikir sedalamnya. Perhalusi tiap tindakan. Gunakan akal yang dianugerah sebijaknya. Jangan biarkan nafsu menang. Berpijaklah di bumi yang nyata.
Jika anda bertuankan emo dan ego, ingatlah formula ini.
Emo + Ego = BODOH

Tuesday, June 16, 2009

10 Tips For Better Pictures

1. Hold It Steady. A problem with many photographs is that they're blurry. Avoid camera shake by holding the camera steady. Use both hands, resting your elbows on your chest, or use a wall for support. Relax, don't tense up. You're a marksman holding a gun and it must be steady to shoot.

2. Put The Sun Behind You. A photograph is all about light so always think of how the light is striking your subject. The best bet is to move around so that the sun is behind you and to one side. This front lighting brings out color and shades, and the slight angle (side lighting) produces some shadow to indicate texture and form.

3. Get Closer. The best shots are simple so move closer and remove any clutter from the picture. If you look at most 'people' shots they don't show the whole body so you don't need to either. Move close, fill the frame with just the face, or even overflow it. Give your shot some impact. Use a zoom to crop the image tighter.

4. Choose A Format. Which way you hold the camera affects what is emphasized in your shot. For tall things (Redwoods, Half Dome) a vertical format emphasize height. Use a horizontal format to show the dramatic sweep of the mountains.

5. Include People. Photographs solely of landscape and rocks are enjoyable to take but often dull to look at. Include some of your friends, companions, family, or even people passing by, to add human interest. If there's no one around, include yourself with the self-timer.Have you ever got your photos back only to discover that something that looked awe-inspiring at the time looks dull on paper? This is because your eye needs some reference point to judge scale. Add a person, car, or something of known size to indicate the magnitude of the scenery.

6. Consider Variety. You may take the greatest shots but if they're all the same type or style, they may be dull to look at. Spice up your collection by adding variety. Include landscapes and people shots, close ups and wide angles, good weather and bad weather. Take personal shots that remember the 'being there' - friends that you meet, your hotel/campsite, transportation, street or hiking signposts.

7. Add Depth. Depth is an important quality of good photographs. We want the viewer to think that they're not looking at a flat picture, but through a window, into a three-dimensional world. Add pointers to assist the eye. If your subject is a distant mountain, add a person or a tree in the foreground. A wide angle lens can exaggerate this perspective.

8. Use Proportion. The beauty of an image is often in its proportions. A popular technique with artists is called the Rule of Thirds. Imagine the frame divided into thirds, both horizontally and vertically, like a Tic-Tac-Toe board. Now place your subject on one of the lines or intersections. Always centering your subject can get dull. Use the Rule of Thirds to add variety and interest.

9. Search For Details. It's always tempting to use a wide angle lens and 'get everything in'. However, this can be too much and you may loose the impact. Instead, zoom in with a longer lens and find some representative detail. A shot of an entire sequoia tree just looks like a tree. But a shot of just the tree's wide base, with a person for scale, is more powerful.

10. Position The Horizon. Where you place the horizon in your shot affects what is emphasized. To show the land, use a high horizon. To show the sky, use a low horizon. Be creative.

Lawak Pak Imam


Godek godek internet terjumpa lawak nie. Hehe..dulu aku memang follow lawak Ujang & APO...tapi sekarang dah tak. Dulu lawak2 diorang memang kick habis...zaman Bijan, Bawang, Sukun, Lengkuas, dan byk lagi la...

Thursday, June 11, 2009

Misteri Yoda dah setel


Akhirnya misteri kehilangan Yoda telah pon selesai. Yoda yang dah terlalu tua dan bosan ngan perang galaktik yang tak penah selesai di kabarkan telah mencuri space ship dan melarikan diri dan tiada siapa tahu di mana beliau telah menyuruk.
Sehinggalah baru baru ini, penduduk tempatan melaporkan bahawa Yoda sebenarnya telah bermaustautin di sebuah kampung pedalaman di Sarawak.
Penduduk kampung berkata Yoda mempunyai hobi baru iaitu lepak tepi tasik sambil tunggu ikan muncul. Pabila ikan muncul, Yoda menggunakan power mindanya untuk menangguk ikan di air yang keruh. Dan Yoda suka panggang ikan on the spot. Bak kata seorang remaja yang enggan dikenali,Yoda pernah berkata kepadanya. " Fresh fish, I like.....eat, we must ".
Walau bagaimana pun, langit tak selalu cerah. Yoda yang dahulunya cukup digeruni Darth Vader dan tok guru yang hebat telah tewas jua akhirnya. Tabiatnya yang suka lepak tepi tasik sehingga lewat malam sehingga memupuskan ikan, telah men-fed up-kan semangat kampung di situ. Sehingga satu hari, tika Yoda tengah asyik menskodeng ikan, beliau telah disumpah menjadi batu.
Kesian beliau. Tak salah makan ikan, tapi jangan lah sampai menyusahkan penduduk kampung, kan dah kena sumpah. Anda boleh melawat Yoda di Cultural Village di Sarawak. Tapi kena pandai carik celah celah pokok. Harap Yoda dimaafkan dan kembali menjadi asal kerana kabarnya pihak Republik nak jadikan beliau sebagai tok mudim.

Wednesday, June 10, 2009

Tips temuduga

1 Jangan berbohong. Penemuduga boleh melihat body language kalo korang menipu.

2 Jika tak tau, cakap terus terang tak tau. Jangan berlagak pandai sampai nak mereka-reka cerita. Korang bukannya nak interview masuk tadika.

3 Jika ditanya pasal background, personal atau famili, cerita ajer. Tapi ingat, hanya jawap apa yang ditanya.

4 Tolong jangan raih simpati ngan bercerita masalah korang, diorang takde masa nak dengar.

5 Bercerita tentang pengalaman kerja lalu sebenarnya. Pastikan ringkas, padat dan tepat. Penemuduga tak suka kalo korang mengutuk boss lama korang.

6 Beritahu pasal kelulusan anda sebenarnya. Tapi jika andainya anda dapat A1 dlm SPM tuk semua subjek, tak payah nak kecoh2 atau teruja nak bagitau. Rilek beb. Diorang tgk sijil ko, diorang tau punya.

7 Kena tau skit2 pasal kerja dan latar belakang company yang anda nak mintak keje tu.

8 Jangan beriye tanya pasal gaji. Kalo diorang tanya baru jawap apa yang korang jangka. Tapi biarla relevan ek. Takkan mintak keje kerani nak gaji 4 ribu.

9 Kalo penemuduga tak cakap bila keputusannya, elok korang bertanya dengan baik jika melalui surat atau kena datang sendiri. Jika kena datang, cadangkan tarikh dan masa yang sesuai jika ditanya. Tapi jika sudah diberi tarikh, kalo bole ikut aje kehendaknya. Kalo memang tak boleh, minta budi baiknya di tukar tarikh.

10 Biar penemuduga itu menamatkan temuduga dan jangan lupa ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu. Bersalam jika perlu, tapi kena nilai tahap sensitiviti (lelaki/perempuan).

Tuesday, June 9, 2009

Alat tempur terbaru

Haaa! Akhirnya penantian aku selama 2 minggu akhirnya berbayar. Kehadiran van poslaju di laman rumah membawa berita gembira buatku. Yahooooo....aku dah ada vertical grip dan juga extra baterry.

Walaupun tak berjenama Sony, dapat brand third party pun dah kira cukup baik. Yang penting aku dapat menembak vertically secara baik dan sihat, takla lengan aku terpeliot tiap kali nak tembak vertical.



Semoga ngan kehadiran dua menda alah ini dapat menyenangkan kerja wedding aku. Haha! Tak sabar nak test menda nie in real job. Hohohoho! Aku suke...aku teruja..hehe.. Apa apa aje la kan...janji aku happy. Hahahaha!

Monday, June 8, 2009

Selamat tinggal sahabat

Ia setia* Ia bijak* Ia kuat * Penemanku kala sepi, penghibur kala sunyi * Ia banyak berjasa * Bertungkus lumus tak kenal penat, siang atau malam * Tidak sesekali menjauh tika susah senang * Sentiasa memberi yang terbaik buatku * Ia pernah menjadi rebutan ramai, namun ia tetap disisiku * Namun ia tidak pernah tinggalkan yang lain * Pencetus semangatku * Pembakar motivasiku * Ia pernah tewas tetapi tidak pernah putus asa * Kini ia telah pergi * Pergi selamanya * TIdak mungkin kembali * Selamat tinggal sahabat * Selamat tinggal teman * Selamat tinggal sayangku *

********IN MEMORY OF MY CPU Pentium 4 3.0G***********

Friday, June 5, 2009

Ungu



Kalau ditanya pasal band ini, aku tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Namun, baru baru ini aku dapat tahu pasal video ini - yang pada amatan aku terlalu menarik. Mengapa? Anugerah kreativiti itu datang dari-Nya dan ia tiada terbatas. Tatkala menonton video ini, jiwa aku tenang dan seronok. Sesungguhnya konsep yang diketengahkan band ini adalah sesuatu sesuatu yang memang lari dari konsep kita berdakwah, bernasyid dan sebagainya.
Dengan petikan gitar dan pukulan dram yang rancak membuktikan jika kita bisa melihat dan menerima, mesej ketuhanan dan memuji-Nya, mampu disampaikan dengan amat berkesan.
Suara banyak berbunyi bahwa gitar dan seumpamanya adalah haram. Mengapa? Ia mengkhayalkan? Mungkin. Tetapi jika ditanya kepada jiwa dan buah fikiran ini, niat kita adalah segalanya.
Mereka ini bijak. Ramai lagikah antara kita yang masih mendengar nasyid kontemporari? Aku rasa tidak. Ungu berani mempertaruhkan konsep begini. Sebab mereka tahu orang di luar sana, terutama kita yang muda ini - lebih mudah menerima lagu sedemikan rupa. Dan aku yakin, ramai yang suka akan cara begini. Lagu mereka bukan satu, bukan dua, bukan tiga - tetapi jika dijelajah alam cyber, pasti anda akan menerima banyak lagu ketuhanan dari Ungu. Syabas untuk mereka.
Aku masih tertanya. Bilakah akan ada band dari negara kita sendiri akan muncul dengan cara begini? TIdak terfikir? Atau takut akan dicemuh atau dikritik oleh mereka yang berfikiran tutup? Hanya Dia yang tahu.

Story bout my cat

Ha! Aku nak cerita pasal kucing aku yang kaler oren ni. Sebenarnya kucing ni, yang bernama Tommy dianak-angkatkan dari member isteri aku. Masa baru ambil - sebesar tapak tangan je. Sekarang? Besar paha aku (paha aku kecil jer).

Dah 2 tahun jaga dia. Kami bela pun sebab sebelum ada dia, kami ada seekor lagi kucing jantan - pun oren gak, pun Tommy gak namanya. Si jantan Tommy ni keluar rumah tak balik-balik...tak tau la ikut betina ke, ada orang culik ke sebab kecomelannya..atau teori ganas aku - mati kena lenyek kereta ketika sedang bermain polis sentri kat luar rumah. Hmm..tah la. Nangis orang rumah aku masa dia tak balik-balik.
Tommy jantan ni special - dia suka buat aksi superman, tak kisah la time die tido ke, berehat ke..superman aje tau dia. Nanti la, aku cari kalau ada gambar aku tepek sini - kene godek2 files lama dulu. Dan dia suka tengok TV - terutama National Geographic. Duduk dpn tv first class seat tgk tv. So aku selalu ada kawan bila aku tengok dokumentari UFO. Yang paling aku tak leh lupa pasal Tommy jantan ni - ada satu hari, anak orang depan rumah sedang bergembira main badminton, si Tommy ni boleh skodeng shuttlecock diorang. Bila shuttlecock tu jatuh atas tanah, cepat2 dia terkam bawa masuk dalam rumah tanpa perasaan bersalah, lalu meninggalkan anak jiran itu terpinga-pinga. Hehehe.
Ehh. Asyik cakap pasal Tommy jantan pulak. Ok, back to the topic. Tommy aku ni banyak nickname atau nama manja la konon-kononnya. Cik Tom, Tomtom, Baby, Mimi - latest Miko dan Nur Tommy. Camne la bini aku leh pikir nama Nur Tommy. Yang ni betina tau. Dah kena kasi - kesian dia tak kenal apa itu jantan dan pembiakan. Perangai? Dia tak suka orang pegang dia lama2 - kalau pegang mula la mengomel macam mak nenek. Suka main bola kertas. Suka ambush kaki kitorang. Suka patuk. Suka menyamar jadik tupai. Tommy juga mempunyai profession sendiri kat rumah ni. Antaranya:
- Penangkap lalat yang berjaya. Banyak juga lalat sesat yang mati diterkam dek Tommy. So, kepada lalat-lalat kat luar sana, jangan sesat ke dalam rumah kami atau anda akan kojol.
- DBKL. Tommy pun penah minta kerja kat DBKL dan berjaya menjadi penyapu sampah yang amat dedikasi. Habis habuk dibelasahnya. Kadang2, dengan misai2 ada habuk.
- Pegawai Kastam. Haaa....dia ni memang pantang nampak beg plastik atau apa jua beg la. Kalau kami balik shopping, Tommy orang pertama akan periksa beg-beg itu. Apa yang dihidu aku tak tau. Kadang2 dia siap nak masuk dalam beg tu skali kalau beg tu besar. Nur Tommy ooooo Nur Tommy. Ok, aku nak pegi kerja. Nanti aku sambung Tommy Part 2. Salamzzz.........







040609

Coretan pertama dimulai dengan Bismillah dan salam. Hmm...ini blog aku yang kedua. Blog pertama? Entah berkubur di mana, aku sendiri pun tak ingat. Aku harap blog yang ke sekian kali ini kekal - sekurang kurangnya untuk masa yang lama. Sebenarnya dah lama aku nak berblog-blog ni , tapi lumrah manusia biasa - selalu kata 'nanti'.Bila disebut nanti - perkataan ini banyak menjadi mangsa kepada kita untuk dijadikan alasan. Nak buat ni - nanti. Bila nak buat itu - nanti. Aku sendiri banyak guna 'nanti' dalam seharian aku. Hmm...bila la nak berubah , nantilah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Love shoes? Join us today at Kasut Kasut DotCom.

Looking for a wedding photographer?

biz card

Followers

Popular Posts

Search This Blog

Blogs

Powered by Blogger.

Social Icons

Featured Posts