Thursday, January 31, 2013

Asyik keji aje, apa kata kita puji.


Sekarang banyak sekali page FB dan blog2 dihasilkan utk hemtam orang itu ini. Saban hari jugakla mesti ada page/blog baru. Tak kisah la hentam parti A, belasah balik parti B, cakap pasal artis ini dan macam2 lah.

Tapi yang paling banyak dan menarik user adalah page/blog berunsurkan politik. Memang banyak. Like itu ini. Sokong si polan. Kami tuntut dot dot dot…banyak la page2 nya.

Sampai kekadang kita lupa, yang kita turut menularkan tabiat menghina, mencerca, membuka aib org di media internet. Sesetengah orang tuh memang baik, solat tak tinggal, tak umpat org…tapi bila masuk ke alam internet – mcm ada personaliti yang lain muncul. 

Sebarkan aib orang di page mereka…memberi komen2 berunsur hasutan, share komen/gambar dan Like apa jua komen negatif. Tidak sedarkah kita yang kita sedang mengalami persekitaran yang mana hasutan, fitnah, mengaibkan dan caci maki seperti halal di internet? Walhal jika di luar, orang2 ini tidak melakukannya secara live. Nampak tak bahayanya?

Apa kata kita tukar cara kita. Daripada kita kutuk pemimpin itu ini, apa kata kita puji dan sanjung pemimpin yang kita sanjung. Tak kisahla dari kerajaan ataupun PR. Buat page/blog dan sebarkan kebaikkan pemimpin anda. Letak gambar2 yg baik. Komen2 yg positif. Mana2 komen yg membuat provokasi hendaklah dibuang secepat mungkin. Bukankah cara begini lebih baik dari kita buat page kutuk orang? Dosa pun tak dapat. Sekurangnya kita membantu mempromote pemimpin yang kita suka itu. 

Anggap saja seperti kita buka kedai – promote barang2 kat kedai kita dari kita pegi sebar cerita buruk pasal kedai sebelah. Kan bagus jika begitu?


Thursday, January 10, 2013

Al Fatihah tuk Abah tersayang.

Tanggal 07.01.2013 sesudah Subuh, dengan tenang abah kembali ke pangkuan Maha Pencipta pada usia 66 tahun. Sesungguhnya saat yang ditakuti kami semua akhirnya tiba jua. Abah pergi genap 10 tahun selepas mak pulang pulang ke sisi-Nya. 

Kesedihan, kecelaruan dan ketidaksanggupan hati ini, hanya Allah swt saja yang mengerti. Hanya doa, zikir dan solat yang mampu meredakan gundah hati ini. Ya Allah. Sesungguhnya hati ini amat sukar untuk menerima yang abah telah tiada.

Baru sebulan lepas kami berbual, bercerita dan berpelukan. Dan begitu drastik sekali kanser itu memamah diri abah sehingga dalam sebulan sahaja mampu membuat abah makin teruk dan teruk. Kami hanya mampu redha - hanya mendambakan sesuatu yang magis berlaku, agar abah sembuh. Tapi janji abah kepada Ilahi sudah tiba. Dan abah pergi jua.

Abah dan mak, sesungguhnya kami amat rindukan kalian. Aku masih tidak puas berbakti kepada duanya. Ya Allah, kepada Mu ku harapkan untuk membalas segala jasa dan budi abah mak yang membesarkan dan mendidik kami. Sesungguhnya hanya Mu yang berupaya membalas segalanya.

Setiap ayah di dunia ini amat istimewa di mata anaknya. Dan abah, seorang ayah yang tidak pernah walau sekalipun, naik tangan walau sejentik kepada anak-anaknya. Tidak pernah ada tinggi suara, jauh sekali kata-kata kasar dihamburkan. 



Abah bersama adik Awie, aku dan abang Chik. Antara tahun 1987-1988.








Abahlah tukang angkat kami jika tertidur depan tv. Abahlah si tukang urut jika kami sakit demam. Abahlah orang berulang alik ambil kami dari sekolah. Abahlah tukang azan tika ribut petir. Abahlah imam kami. Abahlah yang bangun seawal jam 4 pagi mencari rezeki tiap hari. Abahlah yang sanggup berhujan demi anaknya. Abah yang suka menyakat mak. Abah yang tidak suka makan ayam dan daging. Abah yang punya ramai teman karib. Abah yang amat peramah. Dan abahlah yang membesarkan kami sehingga kami berjaya.

Terima kasih abah. Terima kasih mak. Insya Allah, kita akan berjumpa di syurga. Kami sayang kalian. Kami rindu kalian. Nantikan kami di sana.

Mak bersama aku dan adik.



Gambar terakhir abah di majlis perkahwinan adik.  24.11.2012

Di majlis pernikahan adik - 16.11.2012




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Love shoes? Join us today at Kasut Kasut DotCom.

Looking for a wedding photographer?

biz card

Followers

Popular Posts

Search This Blog

Blogs

Powered by Blogger.

Social Icons

Featured Posts