Thursday, January 10, 2013

Al Fatihah tuk Abah tersayang.

Tanggal 07.01.2013 sesudah Subuh, dengan tenang abah kembali ke pangkuan Maha Pencipta pada usia 66 tahun. Sesungguhnya saat yang ditakuti kami semua akhirnya tiba jua. Abah pergi genap 10 tahun selepas mak pulang pulang ke sisi-Nya. 

Kesedihan, kecelaruan dan ketidaksanggupan hati ini, hanya Allah swt saja yang mengerti. Hanya doa, zikir dan solat yang mampu meredakan gundah hati ini. Ya Allah. Sesungguhnya hati ini amat sukar untuk menerima yang abah telah tiada.

Baru sebulan lepas kami berbual, bercerita dan berpelukan. Dan begitu drastik sekali kanser itu memamah diri abah sehingga dalam sebulan sahaja mampu membuat abah makin teruk dan teruk. Kami hanya mampu redha - hanya mendambakan sesuatu yang magis berlaku, agar abah sembuh. Tapi janji abah kepada Ilahi sudah tiba. Dan abah pergi jua.

Abah dan mak, sesungguhnya kami amat rindukan kalian. Aku masih tidak puas berbakti kepada duanya. Ya Allah, kepada Mu ku harapkan untuk membalas segala jasa dan budi abah mak yang membesarkan dan mendidik kami. Sesungguhnya hanya Mu yang berupaya membalas segalanya.

Setiap ayah di dunia ini amat istimewa di mata anaknya. Dan abah, seorang ayah yang tidak pernah walau sekalipun, naik tangan walau sejentik kepada anak-anaknya. Tidak pernah ada tinggi suara, jauh sekali kata-kata kasar dihamburkan. 



Abah bersama adik Awie, aku dan abang Chik. Antara tahun 1987-1988.








Abahlah tukang angkat kami jika tertidur depan tv. Abahlah si tukang urut jika kami sakit demam. Abahlah orang berulang alik ambil kami dari sekolah. Abahlah tukang azan tika ribut petir. Abahlah imam kami. Abahlah yang bangun seawal jam 4 pagi mencari rezeki tiap hari. Abahlah yang sanggup berhujan demi anaknya. Abah yang suka menyakat mak. Abah yang tidak suka makan ayam dan daging. Abah yang punya ramai teman karib. Abah yang amat peramah. Dan abahlah yang membesarkan kami sehingga kami berjaya.

Terima kasih abah. Terima kasih mak. Insya Allah, kita akan berjumpa di syurga. Kami sayang kalian. Kami rindu kalian. Nantikan kami di sana.

Mak bersama aku dan adik.



Gambar terakhir abah di majlis perkahwinan adik.  24.11.2012

Di majlis pernikahan adik - 16.11.2012




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Love shoes? Join us today at Kasut Kasut DotCom.

Looking for a wedding photographer?

biz card

Followers

Popular Posts

Search This Blog

Blogs

Powered by Blogger.

Social Icons

Featured Posts