Friday, January 29, 2010
Kepala babi di masjid! Semua harus bertenang.
Setelah gereja dilontar bom petrol, kini kes masjid dilempar kepala babi pula. Memang sangat kurang ajar. Pastinya api dibalas api. Dek kerana segelintir si bodoh yang membakar gereja, ada pula si tolol membalas kembali.
Yang pasti aku menyeru semua umat Islam bawa bertenang. Marah dan membalas tidak akan membawa sebarang kebaikkan, jauh sekali penyelesaian. Biarkan pihak berkuasa menyiasat kes ini. Janganlah kita menambah beban yang sedia ada. Keamanan dan ketenteraman negara tercinta ini haruslah terus kita pelihara, tak kira siapa kita, agama kita, bangsa kita dan di mana kita berada.
Kepada pihak berkuasa, gunakanlah apa jua sumber dan cara untuk membawa 'si nakal' itu ke muka pengadilan. Aku tegaskan, gunakan APA JUA, termasuklah jika perlu gunakan akta yang dibenci sesetengah orang iaitu ISA. Jika itu yang perlu untuk memastikan negara aman, apa salahnya. Aku yakin dan pasti, 'si nakal' itu sekarang tentu sedang menggigil ketakutan kerana dia orang paling popular sekarang. Menyesal tak guna, terlajak kereta boleh reverse, terlajak perbuatan ko tanggung la sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment