Thursday, January 31, 2013
Asyik keji aje, apa kata kita puji.
Thursday, January 10, 2013
Al Fatihah tuk Abah tersayang.
Abah bersama adik Awie, aku dan abang Chik. Antara tahun 1987-1988. |
Mak bersama aku dan adik. |
Gambar terakhir abah di majlis perkahwinan adik. 24.11.2012 |
Di majlis pernikahan adik - 16.11.2012 |
Saturday, February 11, 2012
Drama Minggu Ini
Lokasi : Kedai makan tepi jalan di tengah bandaraya KL
Masa : Suam-suam tengahari
Sretttt!!!
Kerusi plastik tua berwarna hijau ditarik agak kasar. Shidi melabuhkan punggungnya sambil menghela nafas. Panas dan agak kering tengahari ni.
“Dik…sirap limau satu. Nasik ayam satu…nak paha yer…”.
“OK…..siap bang.”, balas budak lelaki belasan tahun itu.
“Ceh…baru pesan dah kata siap..”, gumam Shidi.
“Apa ko ngomel tuh Shidi?”. “Takde apa la Jo, panas kan hari ni…nak terbakar muka.”.
Jo tersenyum melihat rakannya mengomel keseorangan. Butirnya tidak dapat ditangkap dek halwa telinganya. Di tambah pula dengan hiruk pikuk kota yang maha sibuk kiri kanan, membuatkan kata-kata Shidi tenggelam.
Baik aku layan Twitter aku, kata Jo dalam hatinya.
Shidi meraba poket bajunya dan mengeluarkan kotak berwarna hijau. Ditarik salah satu isinya dan dikepitkan ke bibirnya. Dengan pantas, rokok itu dinyalakan dan berkepul asap keluar hasil pembakaran itu.
Tangan kirinya menyelok poket seluar dan mengeluarkan telefon. Ikon Facebook di skrin di sentuh. Mata menumpu ke skrin. Ligat semacam mencari sesuatu. Dua rakan rapat itu hanya melayan ‘permainan’ mereka masing-masing sambil menunggu pesanan. Sekali sekala Shidi dan Jo meneguk air yang telah tiba dahulu.
Mata Shidi dialihkan ke arah orang ramai yang lalu lalang di tepi kedai. Pelbagai rupa dan bentuk. Berbagai ragam dan cara. Kemudian mata Shidi tertumpu ke arah seorang makcik berketurunan India yang menuju ke arah mereka. Tidak tahu mengapa tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian Shidi untuk terus memberi perhatian kepada makcik itu.
Makcik itu makin dekat dan secara tidak disangka makcik itu meludah sesuatu ke atas jalan, tidak jauh dari Shidi.
“Jo! Kau tengok tuh. Geli anak tekak aku. Dah tau sini ramai orang makan boleh plak dia main ludah suka-suka kepala lutut dia. Buat aku hilang selera je…”
“Ala…biasa la tuh. Kan diorang memang suka makan sireh…standardla kalau ludah jusnya merata.”
“Ahhhh…dia ingat ni jalan bapak dia ke? Nak makan sireh kat rumah la…ingat sini sama macam kat kampong ke…”, marah Shidi.
“Hehehe…kau ni Shidi. Tak abis-abis kecoh. Kau jugak yang nak makan tepi jalan. Saving kononnya…so terima aje la. Hehehehe…..” balas Jo sinis.
“Ni aku malas ni…kau bukannya nak sokong aku. Baik aku layan FB aku! “
Shidi lantas menaip sesuatu dengan khusyuk. Berkerut dahi dan kemerahan mukanya yang putih itu. Selang beberapa minit dia tersenyum puas lalu menyuap nasi ayam yang baru tiba itu.
“Wah wah wah! Terus update FB ekk…pantang betul ko ni yer. Hahahaha!” gelak Jo sambil membace sesuatu di telefonnya.
“Apa dia?” balas Shidi berpura-pura.
“Ni hah! Bukan main lagi ko kutuk aci tadi kat status ko. Hehehehe…dalam hal mulut puaka kau memang nombor satu la Di.”
“Hahaha! Ini Shidi la…siap la sapa carik pasal ngan aku.” “Haaaa….tengok ni Jo. Tak sampai 2 minit mi megi, dah ada tujuh Like. Aku berani taruh, aku habis nasik ayam ni jer kompem ada at least 20 like dan 5 komen hangat. Hahahahaha!”
Jo hanya senyum sambil menggeleng kepala. Di belek lagi telefonnya. Sudah ada sebelas Like dan tiga komen. Komen pertama datangnya daripada pengguna bergelar Aku Ensem yang berbunyi – kalau aku ada situ kompem aku blah dari kedai tuh…loya aku. Boleh ko tahan ekkk CD?. Sungguh berbau provokasi.
Shidi menyalakan sebatang rokok lagi dan menyedut asap tar itu dengan tersenyum sambil membelek telefon. Tergelak-gelak umpama orang gila pun ada.
Jo senyum. Jemarinya menaip seseuatu.
“Hoi Jo. Ko perli aku ke?”
“Perli apa? Tah, tak paham aku…”
“Ni…status FB kau.”
“Apsal nak perli kau lak….lain la kalau kau yang terpijak taik, ko yang kotor. Hehehe.”
“Ni status ko ni – aku benci betullah kalau orang isap rokok tengah public tak pedulikan orang lain. Asap ke sana sini. Kalau ko nak mampos leh tak jangan ajak aku?. So Jo, ni bukan ko perli aku ke?”
“Ehh..itu just pandangan peribadi aku, Tak tuju kat sapa-sapa. Macam aku cakap tadi, ko pijak taik ke?”
“Nasib baik la ko ni bespren aku..kalo tak…isk isk…malas la aku layan kau. Jom blah la. Dikkkkk, kira sini!!!”
Padan muka kau, kata Jo dalam hati sambil melihat skrin. Statusnya sudah ada 3 Like dan 5 komen.
Monday, July 18, 2011
Akibat pakai jersi MU di kalangan Liverpool fan
Sunday, July 17, 2011
Dulu & Sekarang
Saturday, July 16, 2011
Menu 1Malaysia Di 728 Premis Seluruh Malaysia
Dengan harga RM2 rakyat Malaysia kini boleh bersarapan pagi pada harga RM2 dan makan tengah hari RM4 melalui Program Menu Rakyat 1Malaysia.
Pakej sarapan ialah satu roti canai dan teh tarik -RM2 dan makan tengah hari - nasi, sayur, telur dadar, air sirap atau teh ‘O’ ais dengan harga RM4 sahaja
Restoran yang terlibat dalam program itu ialah:
- Ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA),
- Persatuan Pengusaha Restoran India (PRISMA),
- Persatuan Kedai Kopi Malaysia dan Singapura serta
- Restoran Melayu di bawah koperasi.