Monday, July 18, 2011
Akibat pakai jersi MU di kalangan Liverpool fan
Nak tengok macamana seorang MU fan kena boo dan dipaksa memakai jersi Liverpool? Haa...mari tengok video ini.
Seposen jer muka mamat ni. Tapi nak buat apa, sendiri cari pasal. Bagi aku atas semangat kesukanan, fan Liverpool tak perlu la buat macam ni. Kita nak tengok bola, suka hati mereka nak pakai apa, jangan bogel sudah. Tapi mamat ni pun satu, buat provokasi dengan pakai jersi MU. Memang salah kau lah. Orang tua berkata, masuk kandang kambing mengembek. Lu pikirlah sendiri bak kata Nabil.
Sunday, July 17, 2011
Dulu & Sekarang
Dulu...
Arwah mak aku selalu pesan, jaga tingkah laku dan hormat orang lain terutama yang lebih tua. Jangan susahkan orang lain, berusaha dan berfikir. Abah aku pulak selalu sangat cakap jangan ikut perangai buruk orang lain.
Arwah mak pernah cakap cari jodoh yang baik-baik. Jangan berkawan dengan orang tak tentu hala. Dia juga selalu pesan adik beradik jangan bergaduh.
Kawan aku dulu pernah bergurau - nak ajak aku keluar macam nak bawak anak dara keluar. Sebab kawan aku kena datang rumah dan mereka semua harus kenal dengan mak dan abah. Hehehe. Memang lucu tapi aku tak kisah sebab aku tak harus sorok apa jua dari mereka. Ibu aku pernah bertanya - adakah aku merokok? Aku jawap ya. Jika aku hendak berbohong senang saja sebab aku tahu helah dan cara mengelak dari dikantoikan. Tapi melihat ke wajah mak - aku tak sanggup berbohong.
Mak aku pernah menangis sebab aku tidur di rumah kawan tanpa memberitahunya. Aku terlalu sesal dan aku berjanji yang itu adalah kali pertama dan terakhir mak akan menangis sebab perangai aku. Dan ya , aku kotakan janjiku itu.
Syukur sebab aku sentiasa berpegang pada nasihat mereka. Ya, tika remaja aku pernah buat perkara yang tidak disukai mereka tapi aku tidak pernah jadikan semua itu sebagai habit aku.
Sekarang...
Syukur aku adalah seorang yang hormatkan orang lain. Aku respek orang yang lebih tua. Aku tak kata aku tak pernah susahkan sesiapa sepanjang 30 tahun aku di dunia ni, tapi Insya Allah aku tak akan lupa semua itu. Masa aku remaja aku berkawan dengan pelbagai jenis orang dan ragam...alhamdullilah aku tetap aku.
Aku bersyukur mak selalu pesan cari jodoh yang baik - pada aku itu umpama doa. Dan hari ini jodoh aku memang baik. Sebagaimana aku itulah dia. Tiada yang sempurna dalam dunia ini tapi itulah yang terbaik.
Aku cakap semua ini bukan nak angkat bakul jauh sekali nak heboh apa jenis aku ni. Tapi aku kesal, sedih, kecewa dan hiba bila mengenangkan ramai lagi di luar sana yang tidak menghargai ibu bapa mereka. Ibu bapa yang memberi panduan, nasihat dan sokongan itu diperlekehkan. Ramai lagi di luar yang melayan teman mereka jauh lebih baik dari ibu bapa. Susahkan ibu tidak mengapa yang penting hati teman harus dijaga. Ramai yang sudah besar panjang tapi masih susahkan ibu bapa yang sudah tua. Mana kesedaran kita Sedarlah semua yang kita juga akan merasai tua. Insaflah dan hargai mereka. Sayangi dan belailah mereka selagi mereka masih ada.
Jangan menunggu pada 1 Syawal saja untuk kita mencium keduanya. Malu? Dengan hanya senyum pada mereka saja sudah terlalu besar pahalanya apatah lagi jika mencium tangan, pipi atau dahi. Jangan malu untuk tunjukkan kasih kita, sayangnya kita kepada mereka.
Hargai ibu bapa kita sementara mereka masih ada. Jika mereka pergi tiadalah pengganti dan tika itu barulah kita akan rasa betapa kosongnya hidup kita.
Saturday, July 16, 2011
Menu 1Malaysia Di 728 Premis Seluruh Malaysia
Dengan harga RM2 rakyat Malaysia kini boleh bersarapan pagi pada harga RM2 dan makan tengah hari RM4 melalui Program Menu Rakyat 1Malaysia.
Pakej sarapan ialah satu roti canai dan teh tarik -RM2 dan makan tengah hari - nasi, sayur, telur dadar, air sirap atau teh ‘O’ ais dengan harga RM4 sahaja
Restoran yang terlibat dalam program itu ialah:
- Ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA),
- Persatuan Pengusaha Restoran India (PRISMA),
- Persatuan Kedai Kopi Malaysia dan Singapura serta
- Restoran Melayu di bawah koperasi.
Nak tengok kedai mana, haa moh klik sini: 1Malaysia
Thursday, July 14, 2011
Bersih? Bersih kah anda?
Sana sini orang dok sembang pasal Bersih. Yang ni tuduh polis itu ini, yang polis lak kata orang itu macam-macam. Orang tu kutuk kerajaan, kerajaan kata mereka melakukan apa yang patut demi keamanan dan kemakmuran negara.
Apa motif dan niat? Dari sibuk canang nak bersihkan sistem dan orang lain, apa kata kita semua bersihkan diri dulu. Tanya diri, bersihkah niat anda? Bersihkan perbuatan anda? Bersihkah tujuan dan rancangan anda? Aku tertanya juga, adakah mereka yang dok cakap besar pasal nak bersihkan itu ini, diri anda itu bersihkah? Adakah bagai ketam mahu mengajar anaknya berjalan lurus?
Tepuk dada tanya selera. Bersihkan diri kita dari prasangka buruk dan emosi yang tak kena pada tempat. Anda kata ramai sokong anda, tapi anda lupa pasal mereka di luar yang berjuta-juta lagi yang hanya diam dan melihat. Mereka ini hanya melihat. Tidak bising-bising di luar, tidak memaki orang dan tidaklah gila Facebook mewujudkan page tidak suka itu, page sokong itu, page mahu orang ini letak jawatan. Mereka yang diam ini lah sebenarnya yang akan membawa impak besar dalam PRU nanti.
Marilah kita bersihkan diri kita. Buka mata dan hati, jauhkan ketidakstabilan emosi dalam diri. Insya -Allah anda akan sedar yang negara ini dan generasi akan datang perlukan negara yang aman, teguh, stabil dan maju. Negara tidak perlukan orang yang menang sorak saja.
Subscribe to:
Posts (Atom)